Dalam video itu, wanita terbabit mendakwa disebabkan tidak ramai orang suka dan konsisten makan suplemen, jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan memakai gelang untuk menjauhkan diri dari wabak COVID-19. Biar betul! Perkongsian ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen. Mana tidaknya, terlalu over-claimed dan harganya tidak masuk akal.
Umur produk baru 2 hari, dah dapat Noble Prize... Pesan pada mak ayah di kampung... Buat masa ini, masyarakat seluruh dunia disarankan untuk mengamalkan norma baru dalam kehidupan seharian mereka sehingga vaksin COVID-19 benar-benar ditemui, tapi ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Orang ramai juga diharapkan janganlah mudah terpengaruh dengan lambakan ubat-ubatan atau produk dipasaran. Sila rujuk hanya kepada pakar perubatan yang diiktiraf negara. - CARI
|
Nes3in1: Ni kira penunggang apa plak? Nak kata penunggang agama bukan.
kakyungpilah85 replied at 16-5-2020 10:32 AM
Teringat gelang AC dulu.. Overclaim macam ni laa... Last2 sape kena tipu?? Acik2 gak kena tipu.. AC ...
ADVERTISEMENT