Lama tidak mendengar khabar Iqram Dinzly. Terkini, pelakon itu sekali lagi mencuri tumpuan netizen dan kali ini dia didakwa membuat gaya seolah-olah berunsur illuminati dan Freemason pula. Menerusi tinjauan di Instagramnya, Iqram memuat naik beberapa gambar dari IG Live dengan kedua-dua tangannya membentuk simbol segi tiga bersama tulisan nama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Adam AS.
Tindakannya itu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan warga maya. Malah, ada yang mendakwa simbol segi tiga itu bermaksud syaitan selain melabel Iqram sudah jauh terpesong. Iqram bagaimanapun dilihat santai membalas hampir semua komen yang ditinggalkan warga maya. Apa yang cuba disampaikan Iqram sebenarnya tu? - CARI
|
little_sis: adoiii apa nk jd dia ni.. bunga telur kenduri sapa la atas kepala dia tu..
ADVERTISEMENT