Kesan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia membawa kepada satu budaya kerja baharu iaitu bekerja dari rumah. "Jika kakitangan kami mampu bekerja dari rumah dan ingin teruskan begitu, kami akan pastikan ia akan berterusan." Terbaharu, memetik laporan Business Insider, kakitangan Twitter dibenarkan untuk bekerja dari rumah buat selama-lamanya. Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey melalui satu hantaran emel kepada semua kakitangan pada Selasa mengumumkan perkara tersebut yang merupakan salah satu pendekatan bertimbang rasa syarikat laman media sosial berkenaan kepada pekerja mereka. Bertuah betul! Walau bagaimanapun, polisi ini tidak terpakai kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke pejabat tersebut. Selain itu, Twitter turut menyediakan elaun bekalan barangan sebanyak ASD1,000 (RM4,300) untuk setiap kakitangan mereka kerana menjangkakan bahawa premis pejabat Twitter tidak akan dibuka sehingga sebelum September ini. Sejak awal Mac lalu lagi, Twitter telah mula menggalakkan kakitangannya untuk bekerja dari rumah ekoran penularan wabak COVID-19. Pendekatan sama turut diambil beberapa syarikat teknologi lain termasuklah Microsoft, Google dan Amazon. Anjakan paradigma - Dasar baru Twitter ini mungkin membantu menjadikan kehidupan lebih baik bagi jutaan pekerja, namun dalam masa sama mungkin menggugat kerjaya sebahagian pekerja lainnya. - CARI
|
234126 replied at 17-5-2020 03:39 AM
untungnya staff dapat kerja dgn industry yg jaga hubungan sesama manusia ni pastu bos pulak genuine ...
gigahertz replied at 19-5-2020 07:05 AM
duduk rumah tak boleh buat keje la. kucing datang mintak makan.naik atas meja. mak suruh beli kela ...
gigahertz replied at 19-5-2020 06:05 AM
duduk rumah tak boleh buat keje la. kucing datang mintak makan.naik atas meja. mak suruh beli kela ...
cikrosienona replied at 19-5-2020 11:15 AM
I work in US, company I wfh sampai vaccine jumpa and bagi staff pandemic allowance, every 2 weeks da ...
cikrosienona replied at 19-5-2020 11:15 AM
I work in US, company I wfh sampai vaccine jumpa and bagi staff pandemic allowance, every 2 weeks da ...
ninjago replied at 19-5-2020 02:59 AM
hahaha.. reality WFH kan..tak tenang rasa buat keje. cam ktrg, boss tak galakkan dah WFH, suh keje ...
KukuNeeng replied at 19-5-2020 01:32 PM
bestnya company ape u kerja
ADVERTISEMENT