Kereta api rosak, 100 terkandas di Bukit Bendera Lebih 100 pengunjung terkandas di pertengahan Bukit Bendera apabila kereta api yang menggunakan kuasa elektrik yang dinaiki mengalami masalah teknikal ketika menuruni bukit. Seorang pengunjung lelaki berusia 60 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas diserang sakit jantung dan mengalami sesak nafas akibat terperangkap hampir dua jam dalam kenderaan itu. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong berkata pada kejadian pukul 7.54 malam itu, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu menurunkan mangsa yang terperangkap dengan menggunakan tangga, sejauh kira-kira satu kilometer. "Operasi menyelamat tamat pada pukul 11.05 malam dan kita turut membantu kesemua penumpang yang terperangkap keluar dari kereta api itu," katanya ketika dihubungi. Seorang pengunjung, Norazian Osman, 53, dari Kuala Kangsar, Perak berkata kereta api yang dinaikinya bergerak lancar sebelum pergerakan kenderaan itu menjadi tersekat-sekat dan berhenti di pertengahan landasan. "Kami sekeluarga tunggu dalam kereta api lebih satu jam dan apabila anak saudara kami yang berumur sembilan bulan mula menangis, kami ambil keputusan untuk berjalan kaki dari tengah landasan hingga ke bawah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. Difahamkan pengurusan Bukit Bendera akan mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan mengenai insiden itu dalam tempoh terdekat.
|
3
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Zep posted on 19-10-2013 07:51 PM
Bukan ke hari tu kata dah tukar tren pelbagai. apa dah jadi sampai selalu sangat stranded? patut pun ...
Zep posted on 19-10-2013 07:51 PM
Bukan ke hari tu kata dah tukar tren pelbagai. apa dah jadi sampai selalu sangat stranded? patut pun ...
ADVERTISEMENT