Nampaknya, kemelut antara Zarina Anjoulie dan pelakon Emelda Rosmila terus berlanjutan. Memetik mStar Online, Emelda pula tampil menuntut ganti rugi lebih RM1 juta terhadap selebriti kontroversi itu.
Menerusi pernyataan tuntutan balas terhadap Zarina, Emelda juga menuntut ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injuksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya daripada mengeluarkan semula kenyataan fitnah terhadapnya. Sama seperti tuntutan yang dibuat Zarina terhadapnya sebelum ini, Emelda juga menuntut pelakon itu meminta maaf dan perlu menyiarkannya di media cetak, Facebook serta Instgram. Dakwanya, saman dan tuntutan balas itu dibuat berikutan fitnah yang dibuat terhadapnya secara terang-terangan oleh Zarina menerusi video di Facebook. Difahamkan, Zarina telah menerima tuntutan balas itu pada 9 Jun lalu melalui peguamnya.
Dalam satu kenyataan kepada media, pasukan guaman Emelda sudah memfailkan pernyataan pembelaan yang menafikan dia terbabit dalam mengeluarkan pernyataan fitnah terhadap Zarina menerusi aplikasi Telegram. Dia juga menafikan bahawa hantaran itu satu fitnah terhadap Zarina. - CARI |
Kak-Leen replied at 24-6-2020 01:40 PM
Pusing konar baring, sendiri juga yg kena balik..
Btw time dia ambil gambar pakai baju tu nak acah ...
shernazz replied at 24-6-2020 01:44 PM
Tahan perut pung tehtap gendut..
Hahahaha
Kak-Leen replied at 24-6-2020 01:54 PM
Penat tau nak tahan perut tu walau tetap nampak gendut. Hihihi
afie_m replied at 24-6-2020 03:03 PM
ko saman aku...kwn aku saman ko..gitu konsepnya
Rogue98 replied at 24-6-2020 02:38 PM
Diaorang ni famous sangat ke sampai terjejas income juta2? Time PKP pulak tu mmg lah xde affect apa ...
lasagna replied at 24-6-2020 03:04 PM
... sampai abang jamil mampos
shernazz replied at 24-6-2020 01:44 PM
Tahan perut pung tehtap gendut..
Hahahaha
ADVERTISEMENT