CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Finas Lantik Zed Zaidi Sebagai AJK Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan & Data Industri

30-6-2020 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5626| Komen: 20

Zed Zaidi menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi berkongsi mengenai pelantikannya sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuatkuasa 19 Jun 2020 hingga 22 Mei 2022.



Kredit foto: BERNAMA

Berikutan pelantikan itu, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Finas dan Persatuan Seniman Malaysia kerana mempercayainya untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

"Alhamdulillah, saya akan menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin," tulisnya.


Kredit foto: IG Zed Zaidi


Rata-rata pengikutnya di IG mengucapkan tahniah atas pelantikannya itu. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 30-6-2020 03:02 PM
Daripada Seniman melompat ke Finas pulak.
Quote Nenasketum 30-6-2020 03:04 PM
Kroni Umno besoooor punya kan, tak tekejut pon.
Quote lasagna 30-6-2020 03:52 PM
alahhhh AJK jer.. bukan pengerusi ke hape..
Quote nazzse 30-6-2020 03:55 PM
Dok takat tu je la finas sampai bila2
Quote mieymiey 30-6-2020 04:03 PM
Tahiniah la ZZ.
Quote bloodyamuk 30-6-2020 06:22 PM
what for????
Quote sleepandream 30-6-2020 07:10 PM
ala2 exco kebajikan la...
bagi sumbangan utk pelakon veteran/susah...
lepastu ujung taun annual dinner so called charity dinner buat cabutan bertuah..
kowser...
Quote belilies 30-6-2020 08:17 PM
Apalagi.... Usahakanlah seniman layak epf n socso, so esok lusa senang kalo ditimpa musibah. Takdelah melalak mengemis bila susah
Quote MadameOnion 1-7-2020 08:34 AM
janagn lupa bincang masalah dalam telegram..boleh mengumpat sekali...kot2 boleh saman balik mangsa yg diumpat tu
Quote supernaturalee 1-7-2020 08:48 AM
belilies replied at 30-6-2020 08:17 PM
Apalagi.... Usahakanlah seniman layak epf n socso, so esok lusa senang kalo ditimpa musibah. Takdela ...

epf bkn ke dh start dr zaman hans isaac ke


Quote Rachel_Green 1-7-2020 09:19 AM
supernaturalee replied at 1-7-2020 08:48 AM
epf bkn ke dh start dr zaman hans isaac ke

hans isaac memang beriya2 kempen pasal issue ni dari dulu...tapi artis harammmmmm nak ambik peduli..
Quote supernaturalee 1-7-2020 09:26 AM
Rachel_Green replied at 1-7-2020 09:19 AM
hans isaac memang beriya2 kempen pasal issue ni dari dulu...tapi artis harammmmmm nak ambik peduli ...

dorg xbuat eh
hr tu ada terbaca forummer mn tah ada mention
ada sekian2 tempoh ms dorg keje tu br melayakkan utk potong msk epf
Quote belilies 1-7-2020 09:28 AM
supernaturalee replied at 1-7-2020 08:48 AM
epf bkn ke dh start dr zaman hans isaac ke

Tatau, iols bukan retis. Tapi kalu ya, napa masih ada retis yg sengkek? Tanak carum epf?
Quote Rachel_Green 1-7-2020 09:36 AM
supernaturalee replied at 1-7-2020 09:26 AM
dorg xbuat eh
hr tu ada terbaca forummer mn tah ada mention
ada sekian2 tempoh ms dorg keje tu b ...

yg tu mungkin yg kalau diaorang nak pihak majikan pon potong sekali utk diaorang..macam penerbit la kot..

tapi yg hans kempen dulu pasal caruman peribadi sendiri kat kwsp...tiap2 bulan boleh buat..lebih kurang camtu la..tapi ntah berapa ketul jer artis yg buat..
Quote F685 1-7-2020 09:42 AM
Artis, kru disaran carum SKSPS
Oleh Serimah Mohd Sallehudin
[email protected]


KUALA LUMPUR: ‘Malang tidak berbau, segeralah mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).’

Itu pesanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada anak seni termasuk kru dan pekerja belakang tabir yang belum mendaftar di bawah inisiatif baharu, SKSPS yang mula diperkenalkan pada 1 Januari lalu.

Dengan caruman serendah RM13.10 sebulan atau RM157.20 setahun, pencarum boleh menikmati lapan faedah yang disediakan.

Ini merangkumi faedah perubatan; hilang upaya sementara; hilang upaya kekal; elaun layanan sentiasa; faedah orang tanggungan; pengurusan mayat; kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah pendidikan.

Ketua Bahagian SKSPS, Azhar Md Nadzri berkata, PERKESO menggesa penggiat seni dan golongan yang bekerja sendiri mencarum SKSPS kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Saya meminta penggiat seni dan kumpulan dari 18 sektor pekerjaan sendiri seperti penjaja, peniaga, nelayan, petani dan sesiapa saja yang bekerja sendiri agar mencarum SKSPS.

“Ini kerana malang tidak berbau. Saya yakin ramai antara mereka yang bekerja sendiri tidak mampu membeli polisi insuran kerana faktor kewangan.

“Jadi, ambillah peluang kemudahan yang disediakan PERKESO kerana caruman yang dikenakan sangat berpatutan,” katanya kepada BH Online.

Azhar ditemui selepas sesi taklimat antara PERKESO dan ahli Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) serta penggiat seni di Wisma PERKESO di sini, hari ini.

Antara penggiat seni yang hadir termasuk Presiden SENIMAN, Zed Zaidi; Timbalan Presiden, Zuraini Kassim dan artis tempatan antaranya Ebby Yus, Sathiya, Shidee dan ramai lagi.

Azhar berkata, pencarum SKSPS bukan sahaja mendapat manfaat ketika hidup, malah faedahnya dinikmati waris.

“Waris pencarum mendapat manfaat selepas ahli meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden SENIMAN, Zuraini Kassim berkata, pihaknya akan mempromosikan SKSPS kepada lebih 7,000 ahli melalui media sosial.

Zuraini berkata, SENIMAN juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama PERKESO bagi meningkatkan kesedaran anak seni mencarum SKSPS.
Quote F685 1-7-2020 09:46 AM
Rachel_Green replied at 1-7-2020 09:36 AM
yg tu mungkin yg kalau diaorang nak pihak majikan pon potong sekali utk diaorang..macam penerbit l ...

Kawan iols kerja belakang tadbir ada carum epf & socso. Dia kerja sign contract pendek 3/4 bulan gitu .. potong gaji mcm kerja sector lain ikut tempoh contract
Quote Rachel_Green 1-7-2020 09:49 AM
F685 replied at 1-7-2020 09:46 AM
Kawan iols kerja belakang tadbir ada carum epf & socso. Dia kerja sign contract pendek 3/4 bulan g ...

haaa..camtu baru betul...
Quote salamon 1-7-2020 10:58 AM
kau nk handle isu bantuan retis pon  gagal total !
Quote Fairy88 4-7-2020 12:41 PM
Nnti buat group telegram lagi tuk mngumpat.. {:handsome{:handsome

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053505 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top