CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Majikan Gulung Tikar Jika Gaji Naik RM2,700, Pekerja Separuh Mati Macam Mana?

1-7-2020 10:41 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6953| Komen: 21|Original author: Oleh: Cari-Azza






"Dah gaji pun rendah, nak expect apa? Pekerja kerja sungguh-sungguh?"


Isu gaji di Malaysia tidak pernah habis. Ada sahaja perdebatan di media sosial mengenai masalah ini sejak zaman berzaman lagi. Biar pun pelbagai cadangan diutarakan orang awam, ianya tidak mendapat sambutan dalam kalangan majikan dengan pelbagai alasan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kemungkinan ramai majikan akan bankrap atau gulung tikar jika gaji bulanan di bandar besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan, tetapi sikap pekerja tempatan masih di takuk lama seperti yang dilaporkan Sinar Harian.


"Kalau tingkatkan gaji, bermakna kita kena tambah RM1,500 atau lebih 60 peratus. Saya yakin tiada majikan mampu berbuat demikian sekarang."


Kredit foto: Sinar Harian

Hal ini membangkitkan kemarahan warganet yang berpendapat komen tersebut berat sebelah yang mana hanya memenangkan golongan majikan kapitalis semata-mata. 

Ini kerana soal gaji minimun sudah didebatkan sejak sekian lama, namun masih tiada jalan penyelesaian yang tuntas. Yang merananya adalah golongan pekerja yang tiada pilihan selain bertahan dengan gaji rendah.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Sinar Harian

Kenyataan tersebut adalah komen susulan kepada kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengesyorkan gaji bulanan besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan bagi menarik perhatian rakyat tempatan menceburi sektor pekerjaan yang sering didominasi warga asing.

Namun, untuk mengatakan majikan akan gulung tikar kerana menaikkan gaji adalah satu kenyataan yang agak keras. Adakah benar jika gaji naik, maka majikan terpaksa menanggung kerugian?


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : FB Jerit

Maka, ia menjadi jenaka dalam kalangan warganet yang menyatakan kasihan majikan kerana akan gulung tikar.


Kredit foto : twitter


Dalam perkembangan lain, MTUC menerusi Setiausaha Agung, J Solomon mencabar MEF membuktikan dakwaan gulung tikar tersebut.

"Mentaliti majikan yang lebih mementingkan diri sendiri ini semakin buruk saban tahun dan diperkukuhkan lagi oleh dasar kerajaan yang mesra perniagaan namun sebaliknya hanya menjejaskan pekerja."


Kredit foto : Berita Harian

Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan mutakhir antara majikan vs pekerja. Betul ke sampai gulung tikar? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-7-2020 10:52 AM
bagi je lah RM45 sehari...kerja 12 jam..cam  bdk indon citer.
Quote prettyuglybabe 1-7-2020 11:20 AM
i think kena segregate ikut sector and education level juga..
rm1200 - rm1500 for minimum untuk lowest education level (SPM and below) tu dah fair..
sector 3d even lowest education boleh letak rm2500 - rm3000 minimum sebab kerja berat..
bukan semua orang boleh tahan and gaji kecik tak setimpal dengan tenaga..
Quote Orix 1-7-2020 12:21 PM
Fresh grad rm1.6k - rm2.5k. Baik la lepas spm keje terus, lepas 4-5 tahun umur dh 22-25 pengalaman byak gaji pun dh tggi, bdak fresh grad umur 22-25 tapi gaji mcm lepasan spm
Quote meow_tompok 1-7-2020 12:39 PM
tak mampu gajikan pekerja, gulung tikar ... gulung tikar lah

Quote Nes3in1 1-7-2020 12:53 PM
Gaji rendah tapi property mahal nak mampus.
Quote husna_amal 1-7-2020 01:08 PM
Ikut kemampuan majikan dengan kualiti kerja lah. Ni kalau kerje nak senang tapi demand nak gaji tinggi pun tak patut jugak.
Quote belilies 1-7-2020 02:14 PM
Bagus ni kalo semenanjung basic 2.5k. kat swk ni paling tinggi freshgrade dia bagi 1.5k. iols dulu kene keje kat kompeni kat semenanjung baru merasa basic 2.5k. balik swk baru boleh demand 3k and so on tiap kali tuka keje.
Quote Artemesiaa 1-7-2020 03:17 PM
Rata2 majikan syarikat kecil pasti tak mampu
Quote mawar_mustika 1-7-2020 04:20 PM
depend pd keje n tahap education...benefit company pun kene ambk kira...mcm ade sesetengah company gj murah tp benefit die tinggi cam medical card utk family pekerja n ade trip company @ ade bonus tinggi...cam company i keje skrg gj tak tinggi pun tp kiteorg ade elaun sbb keje base on tender yg kiteorg dpt..lunch pun company support...yg plg best bonus huhuhuu
Quote Xim 1-7-2020 04:38 PM
Contoh gaji minimum 1.2k,tp company akan pecahkan jadi basic 1k + attendance allowance 200....baik x yah kate gaji minimum cemtu....
Quote meow_tompok 1-7-2020 04:45 PM
Xim replied at 1-7-2020 04:38 PM
Contoh gaji minimum 1.2k,tp company akan pecahkan jadi basic 1k + attendance allowance 200....baik x ...

company mana tu? petrol station ke
Quote Xim 1-7-2020 04:51 PM
meow_tompok replied at 1-7-2020 04:45 PM
company mana tu? petrol station ke

Kedai buku yg agak femes jugak la...
Quote meow_tompok 1-7-2020 05:50 PM
Xim replied at 1-7-2020 04:51 PM
Kedai buku yg agak femes jugak la...

budak2 lepas spm ke tengah belajar ke bole la nak layan gaji mcm tu, kalau dah kumpul nak kawin mmg tidak ler.
gaji mcm tu majikan kena hadap la, staff dtg dan pergi... yg penat supervisor/mgr nak train org baru

Quote anony-mous 1-7-2020 11:37 PM
Betul apa diaorang ckp. Gulung tikar konon. Nak jugak tau mcm keje under company vincent tan, berapa gaji starting? X pulak nmpk mincent tu bakal miskin. Sama mcm naza. Dekat ig helok jah tabur duit.

Yg sebenarnya majikan ni dah terlampau selesa tindas pekerja baru. Contoh harga rumah jual mahal, tp yg baru masuk kerja starting rm1.8k. Untung byk, overhead rendah. Lebih 10y dah mcm ni. Dah sedap mkn “bonus lebih” 10 thn ni, mana nk bg sikit dekat org lain
Quote shroom_5 1-7-2020 11:40 PM
Bos besar gaji pun besar
Quote gigahertz 2-7-2020 12:13 AM
anony-mous replied at 1-7-2020 03:37 PM
Betul apa diaorang ckp. Gulung tikar konon. Nak jugak tau mcm keje under company vincent tan, berapa ...

Jadik kapitalis je senang. cth markzulkeberg. muda2 jadi kaptilis
Quote gekkou 2-7-2020 10:59 PM
pengalaman kerja 10 tahun
gaji rm3500..company IT
kenaikan gaji tahunan rm100
benefit tak ada, medical jauh sekali, travelling claim tak ada, bonus jangan mimpi
kerja bagai nak mati
kau lah tukang photostat, kau lah tukang isi document tender, kau lah tukang buat air bos
kau lah despatch, kau lah system analyst, kau lah developer
complain, bos kau buat bodo
bertahan sebab kau tak dapat rezeki tempat lain

bos asal dapat project baru tayang harta
angkut vellfire siap nombor plat beli (1 digit), beli tanah, renovate rumah
every 2 3 months travel oversea
lepas tu hire lah developer indonesia
bayar murah
project dok ulang dapat dengan agensi yang sama je
tapi tukar2 masuk project guna nama company lain2
yang buat kerja muka hak tu je la
untuk semua projek
untung lah staff agensi dapat gula2
Quote Fairy88 4-7-2020 12:40 PM
Gaji rendah tpi smua yg lain mahal.. mna lah balance..
Quote mijot 5-7-2020 01:05 AM
kos sara hidup tak setara dgn gaji yg diterima..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044925 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top