CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pemain Bass Maroon 5 Ditahan Melakukan Keganasan Domestik

1-7-2020 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3577| Komen: 11

Pemain bass kumpulan popular Maroon 5, Mickey Madden ditahan atas dakwaan melakukan keganasan domestik.

Page Six melaporkan, Madden ditahan pada Sabtu lalu di Los Angeles di bawah Kod Penal 273.5(a).



Kredit foto: Getty/Metro

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengesahkan kepada Metro.co.uk bahawa pemuzik berusia 41 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan trauma pada pasangan atau teman serumah. Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan kepada awam.

Madden dibebaskan selepas membayar jaminan sebanyak ASD50,000 (RM214,325) dan boleh berdepan hukuman penjara enam tahun dan denda ASD6,000 (RM25,719), jika didapati bersalah.

Sementara itu, jurucakap Maroon 5 berkata, pihaknya sangat kecewa dengan berita mengejutkan ini.

"Kami mengambil serius isu ini dan buat masa ini kami memberi ruang kepada semua yang terbabit untuk menyelesaikan isu berkenaan," katanya.



Kredit foto: My Celebrity Life

Menurut laporan, ini bukan kali pertama Madden ditahan pihak berkuasa dan empat tahun lalu dia ditahan atas kesalahan memiliki kokain. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 1-7-2020 06:03 PM
Adam tu je M5 ni... Yg lain tak pernah tahu
Quote Kipaskiok 2-7-2020 06:35 AM
Kenal vocalist je
Quote sukacactus 2-7-2020 06:51 AM
Kenal the frontman je
Quote Kipaskiok 2-7-2020 08:05 AM
Xkenal pun..tahu nama kmpln je
Quote aijinmisaki 18-7-2020 04:02 PM
Maroon 5 ni macam PCD orang kenal vocalist semata.. PCD lagilah geng lain tu do nothing jah.
Quote DyanaHarun 10-8-2020 04:52 PM
Alamak. emosi kalau tidak terkawal, begitulah akibatnya.
Quote dodolpandai 10-8-2020 04:58 PM
maroon 5 sucks!!!!!!!!!!!

Quote dani-rox 11-8-2020 12:57 AM
band nih kalau thn 60an setanding dgn the Monkees jah #IsaidWhatIsaid
Quote supernaturalee 11-8-2020 11:27 AM
aijinmisaki replied at 18-7-2020 04:02 PM
Maroon 5 ni macam PCD orang kenal vocalist semata.. PCD lagilah geng lain tu do nothing jah.

yg lain tu backup dancer je
hehehe


Quote arm_band 11-8-2020 11:38 AM
maroon who????

lepas keluar lagu "lembu nak jaga" tu, band ni dah jadi band adam levine, bukan lagi maroon 5

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.086877 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top