CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Gila' Bukan Tiket Untuk Menzalimi Haiwan! - Persatuan Haiwan Malaysia

14-7-2020 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4280| Komen: 31

Susulan berita kekejaman seorang lelaki membunuh tiga ekor kucing dengan memasukkan haiwan berkenaan ke dalam mesin basuh di kedai dobi baru-baru ini, ada pihak seolah-olah memaafkan perbuatan tersebut dengan alasan pelaku mengalami masalah kesihatan mental.



Kredit foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Persatuan Haiwan Malaysia menerusi Facebooknya mengecam keras mana-mana pihak yang berfikiran sedemikian dan melabel mereka sebagai tidak celik undang-undang.

"Perlu diingatkan bahawa kebahayaan sikap agresif perlakuan orang yang dikatakan gila bakal berulang dan mungkin orang yang dibela dan dilaungkan gila ini boleh mengorbankan anak kecil dan orang dewasa selain haiwan. 

"Jika ada kejadian pembunuhan haiwan secara sadis. Dikhuatiri semua Pengganas haiwan akan mengaku gila bagi mendapatkan keistimewaan dalam tahanan atau untuk elak ditangkap sebelum kes dibawa ke mahkamah," tulisnya.


Persatuan itu juga menegaskan bahawa proses mengiktiraf 'gila' ditentukan ketika penghujahan kes di mahkamah, bukannya datang daripada kepercayaan individu seolah-olah memihak kepada keganasan haiwan.


Loading FB Post...

"Jika penyakit gilanya terbukti sah oleh penganalisis psikiatrik, hukuman tetap berlangsung namun pengganas haiwan gila bakal disumbat di Hospital Mental untuk rawatan supaya mengelak daripada berlaku kemudaratan awam yang lain.

"Justeru, Animal Malaysia menasihati golongan pembela pengganas haiwan supaya tidak menguar-uarkan mengenai alasan gila seolah-olah tiket untuk tidak menghukum pengganas haiwan. Hukuman tetap perlu berjalan, namun kaedahnya berbeza," jelasnya.


Loading FB Post...

Loading FB Post...

Pada Ahad lalu, lelaki berkenaan memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin berasingan di kedai dobi di Desa Aman Puri sekitar jam 5.30 pagi sebelum bangkainya ditemui seorang wanita pada jam 9.30 pagi.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 14-7-2020 12:13 PM
Lagi baik kalau dikenakan hukuman atau hntr hospital sakit mental.....same mcm kes sorg model "tiba2 oku" lawan arus langgar org sampai mati .....
Quote Amandaminaj96 14-7-2020 12:15 PM
{:childlike{:childlike{:childlike hanya org psiko sahaja yg menyakiti haiwan....menyakiti haiwan ke manusia ke mmg tidak patut.
Quote FOTHER-MUCKER 14-7-2020 12:17 PM
Mungkin dia tak pernah tengok mesin basuh dan apa itu fungsi mesin basuh, jadi dia ingin mencuba dengan meletakan 3 ekor kucing sebagai bahan uji kaji fungsi mesin basuh!

Rupanya ianya boleh mendatangkan maut!
Quote Artemesiaa 14-7-2020 12:19 PM
Betul tu perkara tu tak boleh dijadikan alasan bila dah buat kesalahan kejam itu.  Sebab tu ada baiknya diadakan seorang petugas yang menjaga premis dobi layan diri ni walau semua kerja mendobi harus dibuat sendiri.  Sekurang2nya boleh elak benda macam ni terus berulang sebab tak ada yang mengawasi premis.
Quote rosasen 14-7-2020 12:29 PM
betul tu.. mcm waras plak letak kucing, pastu pegi spin kan mesin basuh tu. mana dia dpt token? ke kedai tu guna coins lg?
Quote mdhelmi 14-7-2020 12:38 PM
sebelum jalankan mesin dobi kene jawab soalan add math pasal janjang dulu
barula org gila xbole guna mesin dobi
hohoho
Quote KIM.K 14-7-2020 12:38 PM
Betul. Gila bukan alasan nak dera anak bini, haiwan dll. Gila tak gila layak masuk jel
Quote prettyuglybabe 14-7-2020 01:12 PM
kalau mental, mana dia dapat duit nak operate 3 mesin sekali gus?
semoga mampus digelek lori jah manusia macam ni..
Quote orkidorkido 14-7-2020 01:41 PM
Memang confirm gila ada kad oku ke? Atau tiba-tiba mengaku gila lepas kes ni?
Quote bakingsoda 14-7-2020 01:48 PM
center elok pulak otak kau masa nak guna mesin basuh tu
Quote Perawankota 14-7-2020 01:58 PM
Hantar jer masuk hospital mental.. Jgn dibiar bebas.. Nanti apa lak lagi dia buat.. Org mental mmg nmpk mcm normal, boleh buat itu ini.. Sebab sakit mental ada byk category. Tapi time sakit dia dtg, Silap2 budak2 pon dia letak dlm mesin.
Quote aint 14-7-2020 01:59 PM
org gila la bahaya...  patut dikenakan hukuman mati... hidup pun tak bawa manfaat pd masyarakat...

ni dah bunuh kucing... nnt bila mai angin gila dia bunuh manusia lak....

Quote AbukRokok 14-7-2020 02:17 PM
gila xwaras oku adalah tiket utk melepaskan diri

org gila pandai pakai wsahing machine?
Quote merrissa 14-7-2020 02:17 PM
aint replied at 14-7-2020 01:59 PM
org gila la bahaya...  patut dikenakan hukuman mati... hidup pun tak bawa manfaat pd masyarakat...
...

teringat plak documentary kat netflix..tajuk dia "Dont f*ck with cats; Hunting the internet killer"

mula2 org tu upload dia bunuh kucing...then org nak cri la sb tkut dia buat benda lg teruk seprti bunuh org

tgk2 betul pon dia bunuh org...potong kepala org tu siap rakam lagi...

kesimpulan dari documentary tu, mcm u ckp la...mula2 practise bunuh kucing then bunuh manusia pula
Quote Normabaru 14-7-2020 02:37 PM
Betul.. Tengok helok je mkn tertib reti guna mesin.. So gila kt mne je.. Ke sakit hati dgn owner kedai. Tu yg bt dajal??
Quote monreyes 14-7-2020 02:47 PM
kalau dah mental..htr la TR
Quote EvieWanKenobi 14-7-2020 02:55 PM
gila tak menghalalkan cara..
Quote RatuDunia94 14-7-2020 02:57 PM
Hukuman tetap hukuman.. gila tak gila.. heols berjaya on kan dobi tu yer.. org yg waras je boleh spin mesin dobi tu..
Quote kucingitam 14-7-2020 03:51 PM
rosasen replied at 14-7-2020 12:29 PM
betul tu.. mcm waras plak letak kucing, pastu pegi spin kan mesin basuh tu. mana dia dpt token? ke k ...

ya..aku pun terfikir benda yang sama.. selagi dia tau nak membasuh tu kena guna token, dia tak gila.
lembam mungkin ya, sebab dia mungkin tak tau mesin basuh tu boleh bawa maut


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046233 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top