Dilema pembeli kereta terpakai apabila penjimatan yang diingini, tetapi terpaksa pula membayar harga melampau tinggi. Bayangkan jika anda yang terdesak mahu membeli sebuah kereta, lalu melihat iklan dengan harga RM42,000. Setelah melihat kereta dan berpuas hati, lalu mahu membelinya. Rupa-rupanya, anda perlu menambah sehingga RM7,000 hanya untuk caj pemprosesan sahaja dan terpaksa meneruskan pembayaran kerana sudah separuh jalan membayar deposit dan sebagainya. Bukan seorang dua yang terkena dengan permainan ini, malahan ramai sudah termasuk jerat caj pemprosesan melampau ini. Sampai bila perkara ini harus dibiarkan? Masalah ini biasanya ditimbulkan oleh kedai kereta
terpakai yang mengenakan bakal pembeli yang kurang pengetahuan mengenai
urusan jual beli kereta. Perkara ini dibongkar pengguna Facebook yang juga penjual kereta, AbexJoe yang meluahkan banyak syarikat kereta terpakai menggunakan modus operandi tersebut dengan harapan mengaut untung lebih banyak. Ianya turut dipersetujui penjual kereta lain yang kecewa dengan pembeli yang mudah terpedaya. Biasanya, janji manis ini banyak didapati di platform beli kereta secara dalam talian. Sebuah syarikat kereta lain turut mendedahkan pembahagian caj pemprosesan yang tidak masuk akal itu dengan membandingkan jumlah sebenar yang perlu dibayar. Sangat mengejutkan kerana 'duit tepi' yang diperolehi oleh penjual itu sangat tinggi. Jadi, bagaimana untuk mengelakkan tertipu dengan syarikat sebegini? - CARI |
KIM.K replied at 25-8-2020 05:57 AM
Org nasihat beli straight dgn owner
dekmieDandy replied at 25-8-2020 02:17 PM
kalau cash bolehlar, nak buat loan bank tak layan dah personal
kena ikut kedai jugak
MissVixen replied at 25-8-2020 06:27 AM
Pergi je bank tanya sendiri pasal loan. Atau google je number tu. Submit documents ikut email apa ...
dekmieDandy replied at 25-8-2020 02:30 PM
bank memang taknak dah, sebab sepupu iolls keje bahagian processing ni yang bagitau (bank rimau)
...
MissVixen replied at 25-8-2020 06:34 AM
Ye ke. Ke sebab nak dapat komisen dari dealer secondhand car ni?
Macam video yang tt kongsi, che ...
ADVERTISEMENT