Lelaki tergamak membunuh ibu kandung hanya kerana mangsa lambat menghidangkan makanan. Memetik Gulf News, kejadian berlaku pada Sabtu di daerah Samastipur, sekitar 90 kilometer dari timur Patna.
Menurut laporan polis, Ashok Thakur meminta ibunya menyediakan makanan dengan segera kerana sangat lapar, namun mangsa mengambil masa agak lama ketika memasak sebelum menghidangkannya kepada suspek. Ashok yang naik hantu mula memaki hamun ibunya berusia 75 tahun itu, namun menjadi semakin marah apabila mangsa cuba menenangkannya. Dalam keadaan marah, lelaki itu mengambil penggiling, lalu memukul kepala ibunya hingga hingga tersungkur ke lantai menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, manakala suspek ditahan sebaik polis menerima laporan daripada abangnya.
Menurut abangnya, suspek juga cuba menyerangnya ketika dia cuba menyelamatkan ibunya. - CARI
|
sarah82 replied at 2-9-2020 01:39 PM
Bukan bangsa leluhur ni sangat hormat mak bapa.. Tambah2 mak.. Sampai sanggup cium kaki..
allshares replied at 2-9-2020 04:56 PM
Dari kecik dirajakan, pompuan bawah tapak kaki laki kekdahnya. Melayu pun turun dari adat agama hind ...
Austronesian replied at 2-9-2020 07:18 PM
Filem bodoh India tu semua tak mencerminkan situasi sebenar masyarakat India
sarah82 replied at 2-9-2020 07:22 PM
Cish.. Hidup2 aku ingat depa betul2 patuh pada mak bapa depa.
Austronesian replied at 2-9-2020 07:26 PM
Rumah org2 tua pun byk org India
PembacaSenyap replied at 2-9-2020 01:44 PM
Bebal!! X reti nak sabo ke?? Dah tau lambat x reti2 nak menolong bagi cepat.. tau nak mengangkang je ...
ADVERTISEMENT