Doktor di Rusia berjaya mengeluarkan seekor ular daripada mulut seorang wanita. India.com melaporkan, ular sepanjang empat kaki itu menyusur masuk ke dalam mulut ketika wanita tersebut sedang tidur di halaman rumahnya yang terletak di Levashi Dagestan.
Menurut sumber, wanita berkenaan rasa tak sihat selepas bangun dari tidur. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital. Video yang menyaksikan sekumpulan doktor memasukkan tiub ke dalam kerongkong wanita berkenaan tular di internet. Sebaik sahaja tiub ditarik, seekor ular keluar dan menyebabkan mereka yang ada di situ terkejut. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut masih hidup atau sudah mati.
Daily Mail menyatakan, kejadian sepeti itu serng terjadi di kawasan perkampungan dan orang ramai diberi amaran agari tidak tidur di luar rumah. -CARI
|
ADVERTISEMENT