CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas! Strok, Serangan Jantung Punca Utama Kematian Di Malaysia

4-10-2020 06:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5332| Komen: 13|Original author: Oleh: Cari-Azza




Dalam kebimbangan kita mengenai pandemik Covid-19 yang kembali mengganas, usah dilupa pada penyakit tradisi yang menyerang kita dalam diam iaitu strok dan serangan jantung.

Menyedari punca kematian utama di Malaysia yang semakin meningkat, Publich Health Malaysia menguar-uarkan di Facebook tanda serangan kedua-dua penyakit tersebut.



Foto :Public Health Malaysia


Memberikan beberapa simptom yang menandakan seseorang itu menghidap penyakit tersebut, gambar ini menjelaskan perbezaan antara kedua-dua penyakit berkenaan.

Memetik infografik dari Sinar Harian, strok atau angin ahmar berlaku disebabkan aliran darah perlahan atau pendarahan di dalam otak manakala serangan jantung pula berlaku apabila peredaran darah ke jantung disekat.



Foto : Sinar Harian

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia, lalu berkongsi pengalaman mereka yang sudah kehilangan orang tersayang akibat kedua-dua penyakit itu.




Foto : FB

Jadi rakyat Malaysia, ayuh jaga kesihatan untuk mengelakkan daripada penyakit ini. Mencegah lebih baik dari merawat. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 4-10-2020 09:02 PM
Jantung terhenti tu cardiac arrest ?
Quote ChildrenOfBodom 4-10-2020 09:02 PM
Ada artikel berguna pasai cardiac arrest


BERHENTI BILA PERLU. JANGAN TERLALU NAK TUNJUK HEBAT BERSUKAN HINGGA TERKENA ‘CARDIAC ARREST’

Aktiviti sukan memang sangat bagus untuk kita amalkan bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat disamping meningkat stamina tubuh badan. Namun, ia boleh mengundang bahaya seperti ‘cardiac arrest’ jika kita tidak mengamalkannya dengan langkah yang betul. Anda tahu tak Apakah itu ‘cardiac arrest’?

Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama-lamanya.

Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali.

Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti. Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.

Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja di siang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bola sepak atau gim.

Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau agresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.

Sebab itu perlunya sesiapa pun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.

Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dgn kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.

Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest. Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan inilah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.

Cardiac arrest juga sering menyerang di bilik air. Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh. Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut.

Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung. Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan. Mulakan dari kaki untuk biasakan dengan suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur-ansur dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.

Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi. Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza.

Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sebelum beraktiviti. Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan. Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan. Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching untuk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.

Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN anda. Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah EGO. Masing-masing nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gim sedangkan badan ketika iti tak mampu. Ingat, Cardiac Arrest datang tiba-tiba. Tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.

Semoga bermanfaat untuk semua terutama saya sendiri.
Quote CitySity 4-10-2020 09:21 PM
Kepada rakyat Malaysia, tolonglah kurangkan berminum teh ais, boba, bandung etc.....
Quote Zazama 4-10-2020 09:26 PM
Suami selalu sesak nafas krn nafas dirasakan pendek, kebas lengan kiri, sakit belikat kiri, batang leher juga sakit. Kami yg tak ada medic background mmg dh agak ini adalah stroke. Tapi ujian dari darah, result ok pulak. Enzim ke jantung perfect. Ecg comel jek! Huurmm.. pening sekejap sbb tanda2 mcm stroke dah ada. Lama kelamaan doktor kata Angina dan Gastrik melampau. Antara penyumbangnya adalah pengambilan ubat cair darah yg bertahun2 diambil. Bila suami diserang tanda2 di atas, kami berdua betul2 keliru..
Quote Eliadaisy83 4-10-2020 09:30 PM
Arwah ashraff sinclair kena cardiac arrest kan...mati mengejut gitu
Quote sofyayra 4-10-2020 10:58 PM
Makcik iols kena mild stroke pg td, hari ni pulak kenduri anak dia tapi tgk ada je kt kenduri. Duduk je dgn muka dh senget sebelah. Iols pulak seram tgk dia relaks gitu
Quote lavendernovella 5-10-2020 01:32 AM
Stress melampau lampau zaman ni ... Nak kata tak exercise jaga makan tak boleh jugak.

Ada gak sakit jantung kategori sihir.

Apapun ajal dah sampai masa yg telah dijanjikan.
Quote husna_amal 5-10-2020 10:39 AM
Amalkan gaya hidup sihat dan bersederhana. Makan atau buat sesuatu secara berlebihan pun boleh jadi punca penyakit.
Quote TuntungReturn 5-10-2020 10:42 AM
ade kes mcm stroke. tpi  bkn stroke. kurang potassium dlm badan. kena makan buah mcm potasium mcm pisang
Quote Artemesiaa 5-10-2020 11:29 AM
Sekarang bukan golongan berusia je yang muda pun ramai kena serangan. Juga bukan mereka yang obess je yang kurus pun ada jadi mangsa sebab kolestrol tinggi
Quote axl_bach 5-10-2020 01:15 PM
ChildrenOfBodom replied at 4-10-2020 09:02 PM
Jantung terhenti tu cardiac arrest ?

Cardiac arrest tu masalah konduksi elektrik kat jantung.....heart attack tu masalah peredaran darah pada pembuluh darah kat dinding jantung (saluran koronari), heart failure plak masalah daya pengepaman otot2 jantung yg lemah
Quote axl_bach 5-10-2020 01:17 PM
TuntungReturn replied at 5-10-2020 10:42 AM
ade kes mcm stroke. tpi  bkn stroke. kurang potassium dlm badan. kena makan buah mcm potasium mcm pi ...

Stroke berlaku sebelah badan, bergantung kpd belah mana otak yg terjejas....kalau otak kanan terjejas, lemah akan berlaku pada sebelah kiri anggota n vice versa.....

Kalau masalah potassium plak usually dia acsending type, bleh jadi rasa lebah tu bermula dari kaki dan naik ke atas, atau lemah terus seluruh badan
Quote ninja9 5-10-2020 01:55 PM
nanti aku nak baca thread ni slow2..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054757 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top