CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lompat Depan Kereta Api Lepas Bunuh Ibu Saudara

5-10-2020 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1896| Komen: 4

Description: Remaja lelaki melompat di hadapan kereta api di Okazaki, Aichi selepas membunuh ibu saudaranya pada Sabtu.
Remaja lelaki melompat di hadapan kereta api di Okazaki, Aichi selepas membunuh ibu saudaranya pada Sabtu.

Menurut Fuji TV yang dipetik Japan Today, suspek berusia 16 tahun itu menikam Maima Inagaki, 46, sekitar jam 11.30 pagi di rumah datuknya.


Polis mengesahkan menerima panggilan daripada ibu mangsa yang mendakwa anak perempuannya telah ditikam cucu lelakinya itu.

Menurut laporan, mangsa yang ditikam beberapa kali di dada dan perut dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia lebih sejam kemudian.


Gambar hiasan

Difahamkan, berikutan kejadian, suspek keluar dari rumah dan 20 minit kemudian, dia melompat di hadapan sebuah kereta api di JR Tokaido Line, dua kilometer dari rumah berkenaan. 

Suspek dilaporkan maut serta merta dan identitinya dikenal pasti melalui barangan peribadi di dalam poketnya.

Ibu mangsa mendakwa, sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara cucu dan anaknya yang dikatakan baru menetap di rumah berkenaan pada Sabtu. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 5-10-2020 03:56 PM
Dua nyawa terkorban sia2 je.
Quote vee_zara 6-10-2020 07:57 AM
Orang muda jepun sekarang ni dah kenapa berperangai mcm orang barat. Makin lma makin teruk
Quote mamajawie 6-10-2020 12:16 PM
ingatkan kat India sne..dasar pandang ke timur tolll
Quote ChildrenOfBodom 6-10-2020 02:42 PM
Land of the rising son of a bitches

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047979 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top