CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus Dedah Peminat Wanita Masukkan RM30,491.93 Dalam Akaunnya

5-10-2020 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11185| Komen: 77

Description: Ebby Yus mendedahkan yang dia pernah menerima bantuan daripada seorang peminat wanita dari Singapura ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas.
Ebby Yus mendedahkan yang dia pernah menerima bantuan daripada seorang peminat wanita dari Singapura ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas.

Kata pelakon dan pelawak ini dia menerima wang tunai sebanyak RM30,491.93.


"Pada awalnya, dia menghubungi pembantu saya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami.

"Ketika itu, kita semua tak dapat bekerja kerana PKP. Jadi, apabila dimaklumkan oleh pembantu, saya sendiri menghubunginya dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. 

"Saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Namun, dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG
Menurutnya lagi dia juga curiga memandangkan sekarang ini banyak kes scam.

"Saya rasa sangsi juga kerana takut jika itu adalah 'scammer' kerana dia meminta nombor akaun bank. Tapi, bila difikirkan semula, dalam akaun saya pun cuma ada dalam RM40 saja, jadi tak rugi pun kalau saya bagi.

"Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar,"tambahnya.



Ebby menyifatkan individu itu umpama kiriman Allah untuk membantunya.

"Allah menghantar individu ini, yang bagi saya sangat berhati mulia dan ikhlas. Kalau bukan kerana situasi pandemik sekarang, saya dah ke Singapura untuk bertemu dengannya sekeluarga.

"Jadi, sejak dari itu hinggalah ke hari ini, kami sering berkomunikasi menerusi telefon." -CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-10-2020 03:53 PM
Mana bukti?????
Quote espri6006 5-10-2020 03:54 PM
bertuahnya badan, anyway rezeki dia ye. Semuga murah rezeki orang yang derma tu.
Quote mimi77 5-10-2020 03:55 PM
fan tu bg SGD10K ka?woww
Quote luvcomot87 5-10-2020 04:00 PM
Tunjuk la duit dlm akaun bank tu bang ebby ,skali transaction details eh{:smile
Quote Belibis 5-10-2020 04:03 PM
Aku percaya jer,sebab bukan 20 jotaaaà
Quote ezacbee 5-10-2020 04:06 PM
Untunglaa peminat bagi 30k
Quote salimrock 5-10-2020 04:13 PM
alhamdulillah, eby yus ni mmg baik org nya,


kalo betul wanita itu ikhlas, kalo ada jodoh, jgn lepas kan...
Quote salimrock 5-10-2020 04:14 PM
semoga Allah memberkati usaha wanita itu
Quote Boomibulat 5-10-2020 04:17 PM
Jdi retis mmg untung..ada je org bg mcm2..Ebi Yus ni mmg dh kaya raya pun ada restoran lg kan
Quote Hessa 5-10-2020 04:19 PM
pelawak yg i mmg minat dari dulu..dia bersuara dlm sitkom JKKK je i dah nak senyum..apa lagi yg mmg lawak
Quote pinklepie 5-10-2020 04:28 PM
Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.
Quote kuchenta_81 5-10-2020 04:34 PM
damian_lee replied at 5-10-2020 04:12 PM
motip bagi bukan nombor bulat? ... siap ada ratus ... paling tak menahan siap ada sen lagi 0.93 .... ...

Sebab dah convert ke RM dari Singapore Dollar.
Quote Perawankota 5-10-2020 04:38 PM
Untung dpt sgd10k
Quote damian_lee 5-10-2020 04:38 PM
kuchenta_81 replied at 5-10-2020 08:34 AM
Sebab dah convert ke RM dari Singapore Dollar.

Ohemgeee

nampak sangat saya tak baca sampai habis .......
rupanya fans guna SGD

maafkan saya ....
Quote arm_band 5-10-2020 04:41 PM
untung ang ebby.... eleh ye ke rm40 jeeeee, boleh caye keeee
Quote kelip2_07 5-10-2020 04:47 PM
bkn dia nie berduit ke??
Quote KBW2 5-10-2020 05:24 PM
arm_band replied at 5-10-2020 04:41 PM
untung ang ebby.... eleh ye ke rm40 jeeeee, boleh caye keeee

Alah dia tak beritahu dia ada 3, 4 akaun lain. Keh3
Quote 311gurl 5-10-2020 05:26 PM
ebby ni dulu bukan agak loaded ke? katanya ada business kan? heols dh kawin ke? eh bnyk plak iols concern

Quote Zeatyisaac 5-10-2020 05:37 PM
Dia ada restaurant tapi bukan restaurant dia sorang, dia kongsi ngan kawan2. Memang terjejas kot waktu PKP hari tu.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.291305 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top