CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dolla Dah Terbiasa Seksi, Tak Kisah Kena Kutuk

5-10-2020 03:10 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 39864| Komen: 205|Original author: Oleh: Saiful

Description: Masih ramai yang tak kenal dengan Kumpulan Dolla yang semakin popular dengan lagu Make You Wanna
Masih ramai yang tak kenal dengan Kumpulan Dolla yang semakin popular dengan lagu Make You Wanna.

Namun kumpulan gabungan empat orang gadis ini tidak cepat melatah apabila didakwa terlampau seksi dalam video muzik yang dihasilkan


Kumpulan ini dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dan mengakui yang mereka enggan terlalu memikirkan kritikan atau kecaman netizen yang tak senang dengan penamlilan mereka.

Foto: IG
"Apa yang boleh dikata, ia 'own style' (gaya tersendiri) Dolla. Kami masih dalam proses belajar dan soal terlalu seksi dalam video muzik, Make You Wanna itu adalah keputusan bersama.

"Kami sebenarnya berbincang juga dengan syarikat rakaman dan ia keputusan yang dicapai dengan kata sepakat di antara kedua-dua belah pihak," kata Sabronzo seperti dipetik di Harian Metro.




Angle dan Tabby pula berkata,

"Sebagai penyanyi baharu, kami cukup bekerja keras.Kami tidak kisah dikecam kerana masih belajar dan menimba pengalaman.

"Tak dinafikan, keluarga terutama ibu bapa pun ada nasihatkan supaya tidak terlalu seksi. Apapun, kami dah biasa seksi ketika belajar di luar negara dahulu."


Sabronzo kata mereka mungkin kurang dikenali kerana lagu Make You Wanna dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Kami melancarkan lagu pertama Dolla, Make You Wanna secara dalam talian (online) dan tak dapat melakukan aktiviti promosi sertavpublisiti secara menyeluruh kerana PKP ketika itu. 

"Jadi, peminat juga tahu mengenai lagu Dolla menerusi video muzik di  YouTube yang dikecam terlalu seksi itu. Apapun, yang pasti kami akan muncul dengan lagu kedua Dolla tidak lama lagi." -CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimi77 5-10-2020 03:11 PM
gitu eh jawpan depa
Quote KBW2 5-10-2020 03:17 PM
Kehkehkeh RIP talent
Quote tagas 5-10-2020 03:17 PM
Dollah mane pulak nih
Quote lasagnaklcc 5-10-2020 03:19 PM
Cam amaze la chinese nak buat group dgn malay.
Quote PristineOne 5-10-2020 03:21 PM
Dollah?
Quote PristineOne 5-10-2020 03:22 PM
Ape nama? Dollah?
Quote meah_kelabu 5-10-2020 03:23 PM
dolla cantek?
Quote mieymiey 5-10-2020 03:23 PM
Apa la nama sebenar minah Sabronzo tu??
Quote areyam 5-10-2020 03:25 PM
nama secantik rupanya...
Quote bottombikini 5-10-2020 03:26 PM
dia pikir dia black pink

smlm dgr gak kat suria.fm
yg nama sab tu sore cam melayu
Quote bluebutter 5-10-2020 03:26 PM
Lawa lawa dorang. Ni. Tgk dlm meletop. Anak2 orang kaya maybe.
Quote KBW2 5-10-2020 03:29 PM
bluebutter replied at 5-10-2020 03:26 PM
Lawa lawa dorang. Ni. Tgk dlm meletop. Anak2 orang kaya maybe.

Lawaaaa? Where??
Quote ChildrenOfBodom 5-10-2020 03:29 PM
LoL muka belacan kepam made in nusantara nama bukan main sabronzo tabby angel, harkkthuih
Quote Harley_Quinn 5-10-2020 03:29 PM
Acah k-pop ke?
Nanti akan dilabel BP malaysia. Hahahahah
Quote lattehazelnut 5-10-2020 03:30 PM
De fam berganda lg berbakat
Quote akumak 5-10-2020 03:30 PM
Belajar luar negara tu kat mana dek... wannabe sgt gaya tu {:question
Quote budakmanentah 5-10-2020 03:31 PM
mieymiey replied at 5-10-2020 03:23 PM
Apa la nama sebenar minah Sabronzo tu??

nama betul sabrina...ntah ape jadah jadi sabronzo
Quote Catpaw 5-10-2020 03:31 PM
Tabby macam nama kucing pula...
Quote padris 5-10-2020 03:32 PM
Edited by padris at 5-10-2020 12:41 AM
mieymiey replied at 5-10-2020 12:23 AM
Apa la nama sebenar minah Sabronzo tu??
Sabrina Rusli.. [ig]https://www.instagram.com/p/CB5P6SlB8WF/?hl=en[/ig]




Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052371 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top