CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Izinkan Suami Tinggalkan Setelah Wajahnya Terbakar

10-10-2020 04:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4294| Komen: 15


Disebabkan mahu melupakan tragedi kegugurannya, Halie Tennant mengambil keputusan untuk pergi berkhemah bersama rakan-rakannya.

Namun, malang menimpa apabila dia terlibat dalam kebakaran hingga wajahnya teruk melecur.

Foto : Daily Star

Menurut Daily Star, ketika itu Halie, 29 yang sedang tidur di atas kerusi, terjatuh dan dipercayai dia bergolek ke arah api yang sedang marak hingga ianya membakar sebahagian wajahnya.


Foto : Daily Star

Rakannya terus memadamkan api, kemudian menuamkan air batu di wajah Halie lalu menghantar ke rumah suaminya, Mathew yang jaraknya dua kilometer dari tempat kejadian.

Kejadian yang berlaku di Melbourne, Australia pada 30 Mei baru-baru ini mengubah kehidupan Halie dan suaminya.

Foto : Daily Star

Setelah sedar dari koma selama lapan hari, Halie berasa dirinya tidak berguna lagi lalu mengizinkan suaminya untuk meninggalkan dirinya.

"Muka saya rosak dan penuh dengan parut. Identiti sudah tiada. Awak pun tidak mengenali diri saya lagi. Jadi, sila tinggalkan saya dan mulakan kehidupan baru."

Foto : Daily Star
Bagaimanapun, Matthew menegaskan yang dia tidak akan berbuat demikian kerana terlalu mencintai isterinya.

Namun, kini Halie semakin tenang dan berfikiran positif mengenai kehidupannya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diiyanazakaria 10-10-2020 04:51 PM
Kesiannya..da la br keguguran, pastu jd mcm ni pulak. Laki die kalo tgl mmg cibai ah
Quote marla69 10-10-2020 05:09 PM
Besar dugaan dia tapi kalu byk duit boleh buat muka baru.
Quote najib888 10-10-2020 05:44 PM
Tgk pada gambar kawin.. ini la kot org kata kawen koboi..
Jadi, husband dia mcm mana,? Tinggalkan dia ke tak?
Quote nenekglamer 10-10-2020 06:03 PM
Tak payah tunggu muka or apa saja bhg badan rosak or buruk. Kalau pasangan jenis curang n xikhlas cinta mmg dah cari lain awal2.
Quote insulin 10-10-2020 07:20 PM
Semoga wajah dia cepat sembuh dan kembali ke rupa asal.
Quote faraway1 10-10-2020 07:55 PM
Siannya, tu ada famous Instagram yang duk kat australia rasanya, lagi teruk terbakar, tapi laki dia setia aje, 2 anak dah...
Quote kakyungpilah85 11-10-2020 06:15 PM
Kalau laki dia tinggalkan dia ni mmg sial laa... Kesian wife dia... Dah la baru keguguran.. Wajah terbakar pulak.. Malang bertimpa2
Quote merrissa 11-10-2020 06:35 PM
Kesiannya... hilang anak... hilang muka
Quote ina_na 11-10-2020 06:46 PM
Bukan ke nanti blh buat operation surgery.. Repair blk muka yg terbakar bg lawa blk.. MJ dr gelap boleh berubah jd putih seputihnye..
Quote husna_amal 12-10-2020 10:04 AM
Tertekan teruk tu. Mujur si suami dapat terima seadanya.
Quote hatikudus 12-10-2020 10:11 AM
Comel muka dia sblm kejadian. Lepas kejadian nampak dah kurus
Quote amyainsamad 12-10-2020 10:40 AM
kesian..malang bertimpa-timpa
Quote mamajawie 12-10-2020 10:48 AM
smoga laki dia buat gofundme utk bawak bini g wat plastik surgery..

sayang skang border tutup dek covid kalu x boleh je g korea selatan wat muka jadi retis kpop
Quote arm_band 12-10-2020 02:08 PM
adoi ngeri tengok.  kesian dia
Quote darkness 12-10-2020 02:18 PM
Siannya..moga tabah sistur

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047799 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top