CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Orang Dibogelkan Sebab Nekad Kahwin Lari Dengan Suami Orang

13-10-2020 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8029| Komen: 21

Tertekan sering diseksa suami sepanjang lima tahun hidup bersama hingga keguguran, wanita nekad kahwin lari dengan lelaki lain yang juga suami orang dari kampung sama.

Gulf News melaporkan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan ingin kahwin lari dengannya bukan atas dasar cinta, sebaliknya memahami situasi dihadapinya dan berniat membantu untuk membebaskan mangsa daripada seksaan suaminya.



Gambar hiasan

Menurut laporan, pasangan itu kemudian dihubungi keluarga lelaki terbabit untuk bertemu di Arunachal Pradesh, India untuk membincangkan hubungan mereka.

Setibanya di lokasi pada tengah malam 25 September, mereka melihat sebahagian besar penduduk setempat berkumpul di suatu tempat dan beberapa wanita berusia menarik mangsa keluar dari kereta sebelum mengoyakkan pakaiannya.

Dia kemudian disiram air sejuk sebelum rambutnya dipotong dan dibogelkan sambil dirakam penduduk kampung lelaki yang turut membelasah pasangan mangsa.



Gambar hiasan

Wanita itu kemudian dibiar tidur di dalam kelas sebuah sekolah dalam keadaan bogel dan tidak diberi makanan.

Difahamkan, wanita itu berjaya menghubugi datuknya yang kemudian menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudian diarahkan penduduk kampung untuk memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit dan dihalau dari kampung berkenaan.

Berikutan kejadian, polis menahan 15 daripada 38 individu terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Mrperfect2

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 13-10-2020 05:56 PM
Soalannya.di mana mangsa sembunyikan hp ? Sebab dia dikurung dalam kelas dan berbogel.
Quote CiliPadiSedap 13-10-2020 06:21 PM
Belibis replied at 13-10-2020 05:56 PM
Soalannya.di mana mangsa sembunyikan hp ? Sebab dia dikurung dalam kelas dan berbogel.

xpernah tengok filem tamil ke? handphone boleh terbang tetiba. kuda boleh masuk bawah lori bawa hero?
Quote anony-mous 13-10-2020 06:23 PM
Ya Allah kesian sgt!!! Kalau boleh tlg, dah tlg dah. Apa setan sgt smpai dibogelkan?? Dirakam n dibiar mcm tu???? Mmg xkemana la negara india ni smpai kiamat. Mmg elok semua mampos sbb covid
Quote weezerfan 13-10-2020 06:25 PM
anony-mous replied at 13-10-2020 06:23 PM
Ya Allah kesian sgt!!! Kalau boleh tlg, dah tlg dah. Apa setan sgt smpai dibogelkan?? Dirakam n dibi ...

Smg india ni cepat2 kena bala covid tsunami lagi sekali
Quote Supersirap 13-10-2020 10:00 PM
Ini semua gila punya kerja
Quote Scheherazade 13-10-2020 10:01 PM
Naya sungguh la
Quote saviour_09 14-10-2020 07:53 AM
leluhur kebanggaan liberal di sini
Quote chandrahusin 14-10-2020 09:17 AM
Ini semua gila pya kerja
skrg ramai org gila

- Samy Velloo
Quote husna_amal 14-10-2020 09:42 AM
Suami dengan penduduk kampung tu sekali tak guna.
Quote Tinot7 14-10-2020 10:53 AM
Si suami penyeksa tu apacer?
Quote kopokleko 14-10-2020 11:00 AM
adakah sedara mara kepada Pyro?
Quote amyainsamad 14-10-2020 12:05 PM
mcm2 la.....hindustan sgt
Quote Artemesiaa 14-10-2020 12:27 PM
Makin mengilanya mereka disana
Quote sekngucing 14-10-2020 12:30 PM
anony-mous replied at 13-10-2020 06:23 PM
Ya Allah kesian sgt!!! Kalau boleh tlg, dah tlg dah. Apa setan sgt smpai dibogelkan?? Dirakam n dibi ...

Ini salah satu hukuman warisan.lama...diarak.ke serata kg etc

Dlm.matapelajaran sejarah pun ada terangkan.pasal ni

Malah kerajaan.melayu dlukala pun ada praktikkan
Quote arm_band 14-10-2020 05:17 PM
bila la depa nak bertamadun sealiran dengan peredaran zaman
Quote hasniey 14-10-2020 10:31 PM
India.hukuman dia kalau xrogol.bogelkan.botakkan kepala.
Spesis manusia xde tamadun
Quote ikanmasin 14-10-2020 11:44 PM
pakai undang2 sendiri..teruk btl
Quote TabletSusu 15-10-2020 12:04 AM
laki org yg bawak lari pompuan tu xde pulak kena siksa
menyampah aku..!
Quote Cicisweets 15-10-2020 12:08 AM
Tengok crime patrol tu mmg geram gila,kes pelik pelik.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058445 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top