CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pedo Curi-curi Hubungi Remaja Lebih 3,500 Kali Di Balik Jeriji Besi

16-10-2020 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1885| Komen: 3

Lelaki dijatuhi hukuman penjara tambahan lapan tahun selepas didapati membuat lebih 3,500 panggilan kepada gadis berusia 13 tahun secara sembunyi-sembunyi di sebalik jeriji besi.

Thomas Adams, 29, sebelum ini ditahan pada Jun tahun lalu selepas didapati berdua-duaan dengan gadis berkenaan yang dilaporkan hilang di dalam biliknya.



Kredit foto: Daily Star/SWNS

Pada Oktober 2019, polis dimaklumkan bahawa Adams masih menghubungi remaja itu setelah bapanya merampas telefon bimbit anaknya.

Daily Star melaporkan, Mahkamah Bradford Crown pada Rabu lalu dimaklumkan polis mendapati lelaki itu masih menghubungi remaja terbabit.

Bukti telefon menunjukkan hanya dalam tempoh enam bulan ketika ditahan, Adams telah membuat 3,506 panggilan dan 12,975 kiriman pesanan ringkas.

Difahamkan, polis hanya menemui pengecas telefon bimbit, gambar remaja berkenaan dan buku panduan telefon yang tertera nombor telefonnya pada Februari lalu.


Polis juga menemui telefon bimbit mini yang disembunyikan di dalam saluran paip di sebuah sel pemisah.

Adams mengaku bersalah atas tuduhan terbabit dengan aktiviti seksual, menghasut remaja bawah umur untuk melakukan aktiviti seksual dan melakukan komunikasi seksual dengan remaja tersebut. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-10-2020 02:37 PM
Leluhur bertamadun takkan buat macam ni
Quote husna_amal 16-10-2020 03:35 PM
Padan lah kena tambahan hukuman.
Quote Tinot7 16-10-2020 08:47 PM
Eewww... kat mana ni?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.117220 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top