Hutang punya pasal, wanita di Medan, Sumatera sanggup memotong empat jari dan mereka cerita kononnya dirompak. Menurut laporan Harian Metro, Erdina Br Sihombing, 54, yang perlu melunaskan hutang berjumlah lebih 70 juta rupiah (kira-kira RM20,000) menggunakan parang untuk memotong empat jari tangan kirinya.
"Dia meletakkan tangan kiri dengan posisi keempat jari berada di atas batu dan dengan sekali hayun, dia memotong keempat-empat jarinya itu," kata pihak pendakwaan. Dia kemudian membungkus tangannya dengan kain sarung manakala jarinya dimasukkan ke dalam plastik dan dicampak ke dalam parit kira-kira 100 meter dari rumahnya di Jalan Mamiyai, Medan. "Kemudian, dia menghubungi beberapa orang lain dan meminta pertolongan untuk dihantar ke Hospital Murni Teguh untuk mendapatkan rawatan.
"Ketika ditanya oleh orang, tertuduh mendakwa menjadi mangsa rompakan. "Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui unsur meragukan sebelum tertuduh akhirnya mengaku dia sengaja mereka-reka cerita. "Dia juga mengakui kepada polis bahawa terpaksa berbuat demikian dengan harapan si peminjam berasa kasihan dan tidak akan menuntut hutang," katanya. Berikutan kejadian, Erdina ditahan polis kerana membuat aduan palsu dan didakwa di mahkamah meminjam lebih 70 juta rupiah daripada enam individu. - CARI
|
Belibis replied at 22-10-2020 12:27 PM
Ada kes potong tangan sebab nak tuntut insuran,pun kantoi jugak.
Kurex replied at 22-10-2020 01:25 AM
Hutang kena bayar + jari takde + masuk hospital + kena dakwa.... Leluhurrrrrr
biozipstar replied at 22-10-2020 05:30 AM
bodonya lahai... kalau x pro x payah nak buat benda gini... dosa sbb menzalimi diri sndiri. tapi bkn ...
ADVERTISEMENT