CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Tikus, Ular Untuk Isi Perut Keluarga

26-10-2020 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5582| Komen: 29

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia membuatkan kehidupan semakin sukar diharungi terutama golongan miskin.

Ketika gelombang pertama melanda Myanmar pada Mac lalu, peniaga salad, Ma Suu, 36, terpaksa menuntup gerainya dan menggadaikan barangan perhiasan dan emasnya untuk membeli makanan serta keperluan harian.


Memetik Reuters, apabila pemerintah mengeluarkan arahan lockdown akibat gelombang kedua di Yangon pada September, wanita itu sekali lagi menutup kedainya dan terpaksa menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Kredit foto: Reuters

Suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan juga kehilangan pekerjaan hingga terpaksa memburu di saliran air di kawasan perumahan sesak tempat mereka tinggal di pinggiran bandar.

"Ramai terpaksa makan tikus dan ular. Tanpa pendapatan, mereka terpaksa melakukannya demi mengisi perut anak," katanya, sedih.


Mereka tinggal di Hlaing Thar Yar, salah satu kejiranan termiskin yang menyaksikan penduduknya menyuluh lampu di kawasan belakang rumah mereka untuk mencari haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mengalas perut.

Walaupun tikus, reptilia dan serangga sering dimakan keluarga di kawasan luar bandar, kini penduduk di beberapa kawasan bandar juga mula berdepan perkara sama. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 24-10-2020 09:27 AM
Padahal yangon tu pusat diamonds and jewelries paling besar kot... wow.... dasyatnya living standards kat sana...
Quote naina 24-10-2020 09:48 AM
Kesiann. Nampaknya nasib di malaysia jauh lebih baik
Quote Artemesiaa 24-10-2020 09:49 AM
green~tea replied at 24-10-2020 09:27 AM
Padahal yangon tu pusat diamonds and jewelries paling besar kot... wow.... dasyatnya living standard ...

Mereka mungkin dari golongan pekerja tak ada kerja maka pastinya tak ada gaji.  Jenis pekerjaan pertukangan macam tu mana boleh buat kerja dari rumah.  Syukurlah di tanahair majikan masih mahu bayar gaji walau dikatakan WFH tapi tak buat kerja apa2 pun.
Quote TomyamPuteh 24-10-2020 09:50 AM
Penah tgk satu docu. Income buruh kasar kt Vietnam bersamaan 40 sen je sehari
Quote supernaturalee 24-10-2020 10:35 AM
TomyamPuteh replied at 24-10-2020 09:50 AM
Penah tgk satu docu. Income buruh kasar kt Vietnam bersamaan 40 sen je sehari

40 sen skrg kuih sebiji pun x lps


Kesiannya
Quote orgsepang 24-10-2020 11:13 AM
Semoga rakyat sini yang tak tahu bersyukur tu baca tred ini.
Quote cmf_Arwen 24-10-2020 12:15 PM
naina replied at 24-10-2020 09:48 AM
Kesiann. Nampaknya nasib di malaysia jauh lebih baik

Itupun masih ramai tak bersyukur...
Quote vespa_oren 24-10-2020 01:39 PM
kt sabah ramai kerja mcm tu, ada kerja ada gaji
tdi borak dgn tauke udang, dia ckp nelayan xada kerja nk x nk terpaksa keluar gak, xkerja xada duit
yg keje pelancongan memang terus xada gaji, nasib sini bahan mentah murah dan senang dapat

Quote Belibis 24-10-2020 06:06 PM
TomyamPuteh replied at 24-10-2020 09:50 AM
Penah tgk satu docu. Income buruh kasar kt Vietnam bersamaan 40 sen je sehari

Siyes aaa??? Nak makan apa kalau ada anak bini.
Quote slavehunter 24-10-2020 06:20 PM
green~tea replied at 24-10-2020 09:27 AM
Padahal yangon tu pusat diamonds and jewelries paling besar kot... wow.... dasyatnya living standard ...

Itu semua slavery you.....yang controll business tu junta tentera dan Vip mereka. They slave you kerja cari bahan dalam tanah and they supplies dadah heroin, so slaves semua gaji habis beli dadah jer....siap mati O.D dan mati kena hempab batu.
Quote Eliadaisy83 24-10-2020 07:06 PM
Sedihnya lahai...iol mengerti betapa susahnya nak keluar dr kemiskinan ditambah lg covid, yg miskin terus jadi papa kedana mcm iols..
Quote MsKathryn 24-10-2020 07:11 PM
Kesiannya   
Quote Tinot7 24-10-2020 10:32 PM
Semoga dipermudahkan urusan depa
Quote bulan_gerhana 24-10-2020 10:38 PM
supernaturalee replied at 24-10-2020 10:35 AM
40 sen skrg kuih sebiji pun x lps



Mak aih.. patut iols ade kenal doctor dari Myanmar.. jadi mcm org Kaya bile keje kat mesia Tu pun sbb ade kelulusan tinggi ... Bukan biasa2... Kalo xde pape mmg seumur idup le jadi hamba dlm negara sendiri...
Quote Zirara99 24-10-2020 10:54 PM
Kalau datang Malaysia, puak-puak ni makan kucing dan anjing. . Tiba-tiba nak nangis pula makan binatang lain Kawan aku kata kucing kt kawasan kejiranan dia kalau tk dgr suara tu tahu dah sebab apa.
Quote CARI-MAL 26-10-2020 04:08 PM
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia membuatkan kehidupan semakin sukar diharungi terutama golongan miskin.


Ketika gelombang pertama melanda Myanmar pada Mac lalu, peniaga salad, Ma Suu, 36, terpaksa menuntup gerainya dan menggadaikan barangan perhiasan dan emasnya untuk membeli makanan serta keperluan harian.


Memetik Reuters, apabila pemerintah mengeluarkan arahan lockdown akibat gelombang kedua di Yangon pada September, wanita itu sekali lagi menutup kedainya dan terpaksa menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk meneruskan kelangsungan hidup.




Kredit foto: Reuters




Suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan juga kehilangan pekerjaan hingga terpaksa memburu di saliran air di kawasan perumahan sesak tempat mereka tinggal di pinggiran bandar.

"Ramai terpaksa makan tikus dan ular. Tanpa pendapatan, mereka terpaksa melakukannya demi mengisi perut anak," katanya, sedih.


Mereka tinggal di Hlaing Thar Yar, salah satu kejiranan termiskin yang menyaksikan penduduknya menyuluh lampu di kawasan belakang rumah mereka untuk mencari haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mengalas perut.


Walaupun tikus, reptilia dan serangga sering dimakan keluarga di kawasan luar bandar, kini penduduk di beberapa kawasan bandar juga mula berdepan perkara sama. - CARI
Quote husna_amal 26-10-2020 04:55 PM
Pilihan orang sekarang mati sebab covid atau pun mati sebab tak makan.
Quote dua_chzy 26-10-2020 05:09 PM
Those are good protein.
Quote obria 26-10-2020 05:23 PM
kesiannya...kta kat sini hari2 pikir nak makan apa,
nak order food panda or Grab Food.
lunch kat ofis nk makan apa, dinner kt umah nk makan apa

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.060092 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top