CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Pakar Psikoterapi Bunuh Anak Kembar Sebelum Bunuh Diri

28-10-2020 11:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6164| Komen: 36|Original author: Oleh: Cari-Azza



Seorang wanita ditemui mati bersama anak kembarnya berusia tujuh tahun di Washington, Amerika Syarikat. Polis percaya wanita tersebut menembak anak-anaknya sendiri sebelum membunuh diri. 

Menurut Daily Star, Michele Boudreau Deegan, 55, dipercayai melakukannya kerana sakit hati dengan tuntutan penjagaan anak-anak. Malah, sehari sebelum kejadian, Deegan menulis di Facebook mengenai gejala ibu bapa narsisistik.


Foto : Daily Star

Menurut penyiasat, Deegan dipercayai menembak anak-anaknya dikatil mereka pada malam jumaat lalu sebelum menamatkan riwayatnya sendiri. 


Proses mahkamah yang sedang berlangsung dipercayai antara faktor mencetus kepada pembunuhan tragis itu. 

Lebih mengejutkan apabila Deegan juga merupakan seorang pakar psikoterapi yang menawarkan rawatan mental seperti kaunseling kepada individu yang memerlukan. 

Artikel yang dimaksudkan bertajuk "Ibu bapa narsisistik tidak mampu menyayangi anak-anak mereka' sementara video kedua pula bertajuk "Tugas keibubapaan narsisistik adalah perangkap kepada jenayah."



Foto : Daily Star

Banyak bukti menjurus kepada masalah mentalnya iaitu di bawah kerjaya, Deegan menulis bahawa keganasan bukanlah kemarahan, tetapi strategi untuk menguatkan sesuatu hubungan.

Buat masa sekarang, pihak berkuasa Washington masih belum menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan tersebut dengan orang lain. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 28-10-2020 11:25 AM
luluh hati tgk muka anak2 dia tu, camne la sanggup dibunuh

so irony someone yg pakar dlm bidang psychiatry tak boleh nak merawat diri sendiri. tak boleh nk apply the same kat diri sendiri


Quote Kurex 28-10-2020 11:28 AM
Orang yg memberi nasihat, belum tentu boleh ikut nasihat dia sendiri..
Quote batmana 28-10-2020 11:30 AM
https://iluminasi.com/bm/definisi-narsisistik.html

dh mcm watak harley quiin, pakar psikologi, jadi gile..
Quote merahrose 28-10-2020 11:30 AM
ninjago replied at 28-10-2020 11:25 AM
luluh hati tgk muka anak2 dia tu, camne la sanggup dibunuh

so irony someone yg pakar dlm bidang p ...

klau dia nshat diri sndri tu gila namanya..aku rsa bnda tu normal ja..
Quote ninjago 28-10-2020 11:37 AM
merahrose replied at 28-10-2020 10:30 AM
klau dia nshat diri sndri tu gila namanya..aku rsa bnda tu normal ja..

not really nasihat diri sndiri as in bercakap dgn diri sndiri. tapi dia mesti tau secara teori how to handle / manage stress kan.. more than anyone else, dah dia pun specialist.
Quote TravellingBear 28-10-2020 11:45 AM
Kurex replied at 28-10-2020 11:28 AM
Orang yg memberi nasihat, belum tentu boleh ikut nasihat dia sendiri..

tapi nasihat dia pon tak betul. Adeke cakap “keganasan ialah strategi menguatkan hubungan”

macam sama je dgn pemikiran leluhur. Leluhur mmg menggunakan violence kalau ajar anak2 matematik. atas kepercayaan sebegini.

boleh check pompuan ni mungkin ada dna leluhur
Quote zulka 28-10-2020 11:47 AM
sure ke dia yg tembak?
aku suspect ada org lain yg buat..
Quote Artemesiaa 28-10-2020 11:49 AM
Ramai je jenis macam ni pakar psikoterapi pakar motivasi macam2 pakar tapi bila kena pada batang hidung sendiri sama je tindakanya macam mereka yang dia nasihat dan cuba bantu dengan masaalahnya tu.
Quote merahrose 28-10-2020 12:36 PM
ninjago replied at 28-10-2020 11:37 AM
not really nasihat diri sndiri as in bercakap dgn diri sndiri. tapi dia mesti tau secara teori how ...

X smua nsihat yg dia bg bleh guna untk dri sndri..dia ptut seeking advice dr org lain..
Quote meow_tompok 28-10-2020 12:44 PM
kawan aku sorang pernah ada boyfriend doctor psikologi
bole tahan cabul mulut bf doctor dia ni, hina2 kawan aku yg janda tu
padahal dia pun tau story kawan aku tu jadik janda sbb kena aniaya dgn ex-laki dia jugak
sampai bawak lari anak2 tinggal dgn mak tiri dan pak dia kat sabah

Quote dodolgemok 28-10-2020 12:45 PM
Ala tak perlu berteka teki kenapa dia buat walaupon dia pakar psikoterapi. Sedangkan doktor gigi pon ramai jah xjaga kebersihan gigi sendiri mahupon gigi pasangan/anak2 mereka. So dodol x terkejut pakar sakit mental boleh jdi mental jua. Why bother 3x?
Quote Suchi 28-10-2020 01:03 PM
Dah lama tertanya pakar psikoterapi or seangkatan dengannya ni memang takde masalah stress bagai ke ye?
Tak rasa nyampah or boring ke dengar masalah orang.
Quote sarah82 28-10-2020 01:26 PM
tak ada benda yg boleh buat aku terkejut sejak aku layan criminal channel dari sana..kalau polis sendiri boleh jadi pembunuh bersiri ini kan pulak pakar psikoterapi
Quote Mamajiyem 28-10-2020 02:04 PM
Cantik budak2 tu...
Quote Atata 28-10-2020 02:14 PM
dodolgemok replied at 28-10-2020 12:45 PM
Ala tak perlu berteka teki kenapa dia buat walaupon dia pakar psikoterapi. Sedangkan doktor gigi pon ...

Serius lahhh??? Euwhhhh jijiks nya doktor gigi sendiri biarn gigi bekerakkk
Quote husna_amal 28-10-2020 02:40 PM
Macam nenek dengan cucu pula jurang umur tu. Kesian betul, anak pula jadi mangsa sekali.
Quote jiwasemangat 28-10-2020 03:09 PM
Kawan aku ..doktor sakit mental, aku tengok dia macam mental saja.. pernah sekali aku kursus satu group dgn dia.. rasa risau pon ada.. haha..
Quote mbhcsf 28-10-2020 03:12 PM
macam mane persatuan atau council professional mereka boleh terlepas screening seseorang yg ada APTITUDE yg tak sesuai jadi clinical behavioural psychologist , menjadi the one serving the public- ??? i takut nanti semua nasihat dia tu kena revise balik...

eeh ngerinya - kene buat lah screening personality inventory ke ape ke untuk kerjaya professional sebegini..

macam Killing eve nyer personality
Quote mbhcsf 28-10-2020 03:14 PM
dia ini dah macam ade psychopathic personality disorder dah ni - then terus lah jadi pmbunuh.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059535 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top