CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

1.7 Juta Rakyat Belum Miliki Rumah Sendiri

25-10-2013 05:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8926| Komen: 90

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kerajaan komited untuk memenuhi aku janji pilihan raya umum lalu iaitu menyediakan sejuta unit rumah dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan sebanyak 1.7 juta isi rumah dilaporkan masih belum memiliki rumah sendiri.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, komitmen itu juga bagi menampung keperluan isi rumah yang masih menyewa dengan penyediaan rumah melalui usaha kementerian, Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) serta pemaju swasta.

Malah menurutnya, sehingga September lalu, PR1MA telah meluluskan 30 projek rumah mampu milik yang melibatkan sebanyak 44,227 unit rumah dengan lokasi-lokasi yang dikenal pasti adalah di Sabah, Johor, Perak, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.


Beliau berkata, jumlah Rumah Mampu Milik (RMM) yang telah dibina oleh SPNB pula, bagi tempoh 2011 hingga September lalu adalah 3,614 unit rumah di seluruh negara.
Katanya, kementerian juga komited menyediakan rumah yang mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).
''Sehingga September lalu, sebanyak 93 projek dengan jumlah 69,336 unit rumah telah disiapkan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengenai statistik terkini peratusan penduduk yang memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan sehingga hujung tahun lalu, 74.5 peratus isi rumah memiliki rumah, 20.2 peratus menyewa rumah manakala 5.3 peratus pula menduduki kuarters yang
disediakan oleh majikan.

''Daripada jumlah isi rumah yang memiliki rumah, sebanyak 3.2 juta isi rumah tersebut menetap di kawasan bandar dan 1.5 juta lagi di luar bandar," jelasnya.
Sementara itu, ketika menjawab dakwaan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mengenai rumah-rumah yang disediakan kerajaan tidak diagihkan dengan adil atas faktor politik, beliau memberitahu perkara itu tidak benar dan kerajaan tidak pernah 'menyoal siasat' latar belakang pemohon rumah.
''Tujuan kerajaan (bina rumah) bukan mengutamakan kawasan-kawasan yang hanya dikuasai Barisan Nasional (BN). Dari segi pemohon, kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu, kita tak tanya dia sokong siapa," tambahnya.



2

Bagus
11

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 25-10-2013 10:16 AM
ngomongnya saja...
Quote Lina66 25-10-2013 10:19 AM


Kesian nye....    



niwey naper org Malaysia suke menyewa rumah dari beli terus..?
Quote rospinki 25-10-2013 10:30 AM
no worries...i got my own upcoming project..i can get -50% less from the market price
Quote annehuda 25-10-2013 10:36 AM
sape2 ade rumah pusaka kt kampung tu jagalah skit. esok dah pencen balik kg je tanam jagung. dh save duit takyah beli rumah
Quote rospinki 25-10-2013 10:36 AM
Lina66 posted on 25-10-2013 10:19 AM
Kesian nye....   

sewa sebab...great location..kt umah tu keliling semua ada..surau, klinik gomen, pasar kt belakang umah je..padang sukan dan sbginya..nk beli umah kalau dh jadi masalah lgi byk buat apa..patutla org malaysia makin tensen..

tpi aku beli umah utk invest..sewa kt org.
Quote rospinki 25-10-2013 10:38 AM
annehuda posted on 25-10-2013 10:36 AM
sape2 ade rumah pusaka kt kampung tu jagalah skit. esok dah pencen balik kg je tanam jagung. dh save ...

ada..umah teres lama nk buat cemana eh..disewakan baru se bulan 300 hingget..itupun keco penyewa tu sikit2 rosak pun nk kita repair..dahla pengotor..lantai belendir..sinki rosak pun tk reti repair.



Quote Acong 25-10-2013 10:40 AM
aku rasa 1.7 juta nie mesti ada hutang kereta.......

Last edited by Acong on 29-10-2013 01:35 AM

Quote Acong 25-10-2013 10:40 AM
rospinki posted on 25-10-2013 10:30 AM
no worries...i got my own upcoming project..i can get -50% less from the market price

kalau macam tu........ ko beli 3......

dah siap, ko jual 2....
Quote aTiKah_aYuNi 25-10-2013 10:45 AM
aku salah sorg dr 1.7 juta tu....
Quote Acong 25-10-2013 10:46 AM
aTiKah_aYuNi posted on 25-10-2013 10:45 AM
aku salah sorg dr 1.7 juta tu....

pendapatan berapa? hutang berapa? kenapa tak boleh beli rumah?
Quote rospinki 25-10-2013 10:48 AM
Acong posted on 25-10-2013 10:40 AM
kalau macam tu........ ko beli 3......

dah siap, ko jual 2....

tak mampu la acong..itu pun aku amik yg bumi lot punya..utang lama pun byk lagi
Quote Acong 25-10-2013 10:53 AM
rospinki posted on 25-10-2013 10:48 AM
tak mampu la acong..itu pun aku amik yg bumi lot punya..utang lama pun byk lagi

beli 2........ dah siap jual 1......
Quote rospinki 25-10-2013 10:58 AM
Acong posted on 25-10-2013 10:53 AM
beli 2........ dah siap jual 1......

aku beli 1 jual 1/2
Quote aTiKah_aYuNi 25-10-2013 10:58 AM
Acong posted on 25-10-2013 10:46 AM
pendapatan berapa? hutang berapa? kenapa tak boleh beli rumah?

siti hajar dh jelas kn segala-galanye....huhuhuhuhuhu
Quote akies 25-10-2013 11:00 AM
sian..majoriti kwn aku semua tk pikir nak beli rumah
beli kete je dulu..
rumah lak ada yang duk kuarters kerajaan..
lagila tak payah pikir..

sekarang..masing2 baru tergerak hati nak beli rumah..
tapi ya ampun..rege rumah dah berlipat kali ganda..
mmg tk mampu ler nak beli

sedih kan..
Quote Acong 25-10-2013 11:00 AM
aTiKah_aYuNi posted on 25-10-2013 10:58 AM
siti hajar dh jelas kn segala-galanye....huhuhuhuhuhu

pui......! pengurusan kewangan sendiri fail......
Quote fadlily 25-10-2013 11:02 AM
dah beli 1 rumah.. nak beli lagi 1 plak
Quote vv2005 25-10-2013 11:21 AM
stress aku baca tajuk ni
Quote Acong 25-10-2013 11:34 AM
jika sewa lebih murah dari beli, kenapa nak beli?

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.084325 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top