Kecoh kebelakangan ini warganet bercakap mengenai suara penyanyi baru, Nuha Bahrin yang dikecam 'perosak lagu' dalam program Vokal Mania, Sabtu lalu. Enggan membiarkan anak terus 'dihentam' warga maya, bapanya iaitu Saiful Bahrin Abdul Ghafar, 42, tampil mempertahankan Nuha.
Katanya kepada mStar, kesilapan cara nyanyian anaknya adalah perkara biasa dilalui mana-mana penyanyi. "Kesilapan itu adalah sebahagian pengalaman yang perlu dia lalui... dia nampak dah bersedia, lebih-lebih lagi ini program realiti, dia kena kuatkan mental dengan pelbagai kecaman. "Nuha nampak kuat dan tak patah semangat sebab ini memang minat dia. Saya ada baca komen di laman sosial tapi ramai sahaja yang sokong dia, yang like lebih banyak dari dislike. "Yang komen buruk berapa peratus sahaja, sikit sangat! Apa-apa pun kesilapan ini merupakan waktu untuk dia belajar perbaiki apa yang patut. Saya harap netizen maafkan dia sebab semua orang tak boleh lari dari kesilapan," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Saiful Bahrin menjelaskan anaknya itu seorang yang kuat dan sangat positif. Dia juga melihat kesilapan dilakukan Nuha bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan. "Malam itu kami sekeluarga tonton dari televisyen dan baca komen netizen semasa persembahan, saya nampak kesilapan itu tapi saya rasa tidaklah teruk sangat... sebab netizen yang komen tu pun tak tahu muzik. "Saya rasa kesilapan itu perkara normal, netizen pula memang jenis suka komen dengan cara begitu, apa yang penting kita ambil positif sahaja, jangan putus asa," ujarnya. Sementara itu, Nuha mengakui kesilapannya gagal memberi persembahan yang baik ekoran perasaan gementar. Biarpun sudah bersedia dikritik, dia akui terkilan dengan kritikan dilemparkan terhadapnya. - CARI |
debab_78 replied at 4-11-2020 03:37 PM
Betul ke ayah dia 42 tahun? Pesal Nampak lg tua…
amyza82 replied at 4-11-2020 03:43 PM
Ha..ha..aku baru nk comment yg sama.
Mcm umur 52 je.
ADVERTISEMENT