CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Undi Diri Sendiri Tapi Kalah Juga, Kim K Pun Tak Undi Kanye West Jadi Presiden AS!

5-11-2020 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3234| Komen: 14

Kredit foto: IG Kanye


Umum mengetahui bahawa pada ketika ini Amerika Syarikat sedang melangsungkan pilihan raya untuk presiden terma seterusnya selepas Donald Trump. Dua calon utama adalah calon republikan iaitu Trump sendiri dan Joe Biden sebagai pesaingnya mewakili parti demokrat.

Namun, apa yang mungkin ramai yang tidak tahu adalah rapper dan usahawan terkenal, Kanye West juga turut bertanding untuk menjadi presiden Amerika Syarikat (AS).




Suami Kim Kardashian itu telah mengumumkan rancangannya untuk bertanding dalam pilihan raya ini sejak 2015, namun kebanyakkannya menganggap dia hanya bercakap kosong, sehinggalah dia mengesahkan perkara itu pada April lalu bahawa dia benar-benar akan bertanding.

Malangnya, walaupun dia turut mengundi untuk dirinya sendiri, tidak ramai yang meletakkan kepercayaan kepada pengasas Yeezy itu apabila dia hanya mendapat sekitar 60,000 jumlah undian di seluruh negara.



Sebaik menerima keputusan itu, Kanye meluahkan kekecewaanya di Twitter dan mengumumkan bahawa dia akan bertanding lagi pada pilihan raya 2024.



Sementara itu netizen mempunyai pelbagai komen lucu berkenaan nasib Kanye West itu, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu bahawa isterinya sendiri tidak mengundi untuknya dan dipercayai menyokong Biden.


Kim beri tanda suka pada ciapan seorang pengguna yang menyokong Biden 
Kredit foto: Twitter Kim



Apa akan jadi kalaulah dia bernasib baik dipilih menjadi presiden AS, ya?


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MinyakAngin 5-11-2020 05:23 PM
Ofcos hampir semua retis hollywood undi biden. Yang percaya teori q akan undi trump. Kanye ni macam ice cube, fedap dgn dua2 cuma ice cube tak bertanding. Kanye ni tak sedar support system dia ibarat semut merah nak lawan dengan gajah. Apeda..
Quote suzycutegal 5-11-2020 05:36 PM
Naya klu dia menang
Quote Normabaru 5-11-2020 06:11 PM
Gelap nak mati kanye ni.. Cmne org nk vote.. Dah x nmpk?
Quote merrissa 5-11-2020 06:31 PM
laaaa wakakaka apasal aku nampak mcm dia tgh pakai crutches....wakakaka
Quote dani-rox 5-11-2020 07:01 PM
Eleehh...
ditakdirkan tetiba Kanye jd Presiden, haruslah KimK nih ber-FLOTUS kulu kilir dgn satu famili KarJenner diangkut dok di White House
Quote Suchi 5-11-2020 07:20 PM
Boleh amik gambo masa pangkah ker?
Quote SerenaBlair 6-11-2020 03:35 AM
dani-rox replied at 5-11-2020 07:01 PM
Eleehh...
ditakdirkan tetiba Kanye jd Presiden, haruslah KimK nih ber-FLOTUS kulu kilir dgn satu fa ...

Penuh muka kaum kerabat dekat White House tu 1 hal , lepas tu kang dorang yang mcm president kempen sana sini hahaha...
Quote hanakikan 6-11-2020 03:47 AM
merrissa replied at 5-11-2020 06:31 PM
laaaa wakakaka apasal aku nampak mcm dia tgh pakai crutches....wakakaka

haha. aku pun nampak mcm tu. mula dah aku fikir, bila dia excident? sekali tgk kat sebelah tu ada white board
Quote AKAZ85 6-11-2020 05:50 AM
Of coz la kimK jadi wanita pertama AS punggung lebar landasan kapal terbang {:nose
Quote supernaturalee 6-11-2020 07:13 AM
dani-rox replied at 5-11-2020 07:01 PM
Eleehh...
ditakdirkan tetiba Kanye jd Presiden, haruslah KimK nih ber-FLOTUS kulu kilir dgn satu fa ...

The House at the white house lh chuols

X main lh rmh2 kg mcm ex princess
Quote AbukRokok 6-11-2020 07:16 AM
knp xpilih calon ketiga?
kata. blm?

Quote husna_amal 6-11-2020 10:53 AM
Kesian, isteri sendiri pun tak nak vote si kanye west ni.
Quote dani-rox 6-11-2020 07:49 PM
supernaturalee replied at 6-11-2020 07:13 AM
The House at the white house lh chuols

X main lh rmh2 kg mcm ex princess

boleh la buat keeping up with the kardashians: white house edition
Quote Lagubestbest 7-11-2020 05:13 PM
- pemandu + escort secret service sepanjang hayat
- bodyguard secret service sepanjang hayat
- saringan keselamatan pos oleh USpostal + secret service
- free 1 bangunan presidential library/ museum/ center
- akses update isu national security sepanjang hayat
- akses healthcare terbaik + percuma

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.179601 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top