CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Memilih! Pramugari Cantik Ini Tak Malu Berniaga Tengah Panas, Tepi Jalan

6-11-2020 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9868| Komen: 40

Siapa pun tak sangka kerja di awan biru yang disangkakan dapat bagi rezeki untuk selamanya tapi hanya putus di tengah jalan akibat pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia sejak Mac lalu.


Kesan dari wabak pandemik ni, banyak yang berubah dalam masa sangat singkat. Kalau anda perasan, kita ni sebenarnya sudah tujuh bulan berdepan COVID-19. Dan banyak gila perubahan kita sendiri pun tidak sedar!



Ramai hilang pekerjaan termasuklah kru anak kapal di langit biru. Kecoh juga bila ada syarikat penerbangan terpaksa membuang hampir 70 peratus staf. Antara yang terkena tempias ialah bekas pramugari Siti Hajar, Farhana dan Najua.


Tipu sangat kalau cakap tidak sedih bila hilang kerja kan. Lebih-lebih lagi antara mereka ibu tunggal yang ada anak dan yang lain masing-masing ada tanggungjawab besar dengan keluarga. Lagilah terasa! Macam mana nak beri anak dan keluarga makan? Tapi ketabahan tiga bekas pramugari ini patut dijadikan contoh untuk anda yang mungkin mengalami nasib sama!



Betul orang cakap, rezeki ada di mana-mana, cumanya kita kena berusaha. Kalau duduk rumah goyang kaki, macam mana rezeki nak masuk kan? Bekas pramugari ini bersyukur kerana masih ada rezeki untuk anak meskipun kehilangan kerja tetap setelah beberapa tahun berada di atas awan.

Sejak COVID-19, banyak penerbangan makin berkurang. Ketika itu mereka sudah sedar yang mereka tidak boleh hanya duduk menunggu. Jadi, mereka pun mulakan langkah untuk berbisnes, cari pendapatan lebih untuk menampung pendapatan.



Tak sangka, asalnya bermula dari menjaja rumah ke rumah sambil ditemani anak, Alhamdulilah dengan menjadi ejen bisnes Rayyan Kidz, susu minuman yang membekalkan tenaga untuk anak-anak ni mula menampakkan hasil!

Ada di antara kita suka sangat merungut dan malu berniaga dari bawah. Buat apa nak malu kalau ini adalah jalan untuk bisnes anda berjaya? Cuba buang pemikiran negatif.



Anda kena jadikan bekas pramugari ini sebagai contoh. Mereka tidak malu berniaga di tepi jalan, buka carboot bersama-sama demi mencari duit untuk menampung hidup. Malah, mereka juga membantu satu sama lain disebabkan masing-masing ada tanggungjawab yang mereka kena pikul.

“Semua tengah struggle untuk teruskan hidup di musim pandemik ni. Begitu juga dengan salah seorang daripada kami yang merupakan anak pertama dan tunjang utama punca rezeki sekeluarga. Masih ada ibu dan ayah yang perlu ditanggung dan adik-adik yang masih belajar, jadi tak salah kalau masing-masing berkongsi rezeki.”



Anda tahu tak income bisnes mereka 3 kali ganda melebihi gaji asal sebulan! Pergghh..heaven! Memang betul rezeki.

“Tak pernah menduga pun bisnes Rayyan Kidz ni menjadi punca rezeki utama kami setelah dibuang kerja. Namun sangat bersyukur kerana semua dipermudahkan, rezeki tak putus putus buat anak.”

Anda tengok mungkin ada di antara kita yang mengalami nasib sama, dibuang kerja tapi semuanya terletak pada diri kita sendiri sama ada nak terus bermurung dan putus asa selamanya ataupun mulakan langkah baru macam bekas pramugari yang juga ejen Rayyan Kidz ni!



Meremang kalau baca kisah mereka. Siapa pun tak menyangka rezeki mencurah-mencurah berkat usaha yang tak henti-henti. 

Sekarang, mereka dah mampu memenuhi kehendak anak dan melihat sendiri anak gembira dan membesar di depan mata sendiri. Yalah, dulu terbang ke sana sini sampaikan nak tengok anak pun tak sempat. Sekarang ni Allah dah bagi rezeki berlipat kali ganda! Kata mereka, inilah hadiah yang paling berharga buat masa sekarang.

Nama pun kerja, semua akan penat. Apa yang mereka buat adalah ikhlaskan hati, betulkan niat. InshAllah Allah permudahkan rezeki.

“Jangan pernah malu untuk cari kerja lain. Orang akan judge, orang akan hina tapi mereka tak duduk tempat kita dan tak rasa kesusahan yang kita alami. Waktu kita lapar, mereka tak bagi kita nasi! So peduli apa cakap orang asalkan rezeki yang kita dapat tu dari sumber yang halal.”


Loading FB Post...

Haa..nampak? Pada anda yang masih lagi bersedih dibuang kerja, sudah-sudahlah! Jom bangkit semula dan cari peluang untuk mulakan hidup baru okey! Rezeki takkan pernah salah alamat!

Sumber: ROTIKAYA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 6-11-2020 11:18 AM
High class sgat ke keje pramugari smpi nak highlight sgat tajuk tak memilih tu ? Puiii.
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:20 AM
Semoga dimurahkan rezeki
Quote RatuDunia94 6-11-2020 11:42 AM
Apa yg peliknya.. ibarat pelayan restoran kerja jual susu di tepi jalan.. pelik ke?
Quote gigahertz 6-11-2020 12:14 PM
RatuDunia94: Apa yg peliknya.. ibarat pelayan restoran kerja jual susu di tepi jalan.. pelik ke?

Diorang kan atas langit mana nak tgk kita kat bawah
Quote bakingsoda 6-11-2020 12:22 PM
tak abes2 lagi ke nak highlight pembantu kedai makan di awangan turun ke darat
Quote Ed_Lyn 6-11-2020 12:43 PM
Bosannya asyik highlight  kabin crew jah...
Mcm lah dorang ni ja yg terkesan Covid..
At least dorang ni ada gak simpanan...
Quote newme11 6-11-2020 12:47 PM
Diorg dari kayangan ke tu?
Alhamdulilah , mereka mampu lagi berkerja
Quote Rara77 6-11-2020 12:54 PM
High class sgt ke kerja pramugari?
kayangan ke mereka
silap2 mak ayah duduk kampung menoreh je
tak perlu bangga
zaman skrg tak perlu pandai nak jadi pramugari
Quote tipah89 6-11-2020 01:08 PM
derang keja cabin crew sbb cantik, gaji mahal pun sbb risiko kerja di awan biru kan? kerja pun serve org jugak so apa yg special sgt??? lainla kalau pilot...
Quote Belibis 6-11-2020 01:27 PM
Kalau bekas PM jadi penoreh getah atau operator kilang baru boleh bangga ,tapi sebaliknya.duit masih berkepok.
Quote saviour_09 6-11-2020 03:02 PM
sape post ni?

copy paste berita sampah macam ni dr page sampah rotikayap?

tell me apa beza pramugari pramugara ni sume dgn acik2 lain yg hilang kerja?

sampai hari2 kena sembang benda samaaaaa je

laaaahai
Quote cairel_azlie 6-11-2020 03:33 PM
sebab lawa ramai la datang beli....
Quote Artemesiaa 6-11-2020 03:37 PM
Lagi geng gigih viral untuk marketing.  Berita kalau ulang2 dari geng sama orang dari perihatin jadi menyampah pula.
Quote salmon-suki 6-11-2020 07:45 PM
Mmg setiap pramugari/gara atau pilot y x kerja in that line kena highlight ek kehidupan dorg??mcm laa keje lain xde org affected..in fact,ramai y mmg dah keje gaji ciput,end up jual mcm2,xde nak highlight pun..

Dorg ni kalau gaji byk tp b4 this high mentenen,boros,xde savings yadayada,ai don't care laa..dorg kne buat laa for their own survival..
Quote makita 6-11-2020 09:32 PM
Orix replied at 6-11-2020 11:18 AM
High class sgat ke keje pramugari smpi nak highlight sgat tajuk tak memilih tu ? Puiii.

Dorang dulu bukan keje hidang makan minum je di langit. Tapi kene buat keje majistret, doctor,polis bomba plumber suma. Tu yang kene highlight tu sbb tabah keje di bumi
Quote Cassieopeia 6-11-2020 11:26 PM
bagusla tak memilih, mmgla beza kot dr keje glemer gitu jd jual kt jln gini.. yg dlu keje biasa2 je pun lom tentu nk keje meniaga gini
Quote Kurex 7-11-2020 09:20 AM
Lagi sekali?????
Quote AbukRokok 7-11-2020 09:34 AM
xpe kita sokong je
sambil menyokong smbil menghayati keindahe
Quote azie5zoe 7-11-2020 11:08 AM
Jangan kau jual orang sudahlah nak ooii..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047494 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top