CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Tetap Dapat RM41juta Walaupun Nama Digugurkan Dari Filem

10-11-2020 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15145| Komen: 128

Aktor Johnny Depp, 57, akan menerima bayaran penuh sekurang-kurangnya RM41 juta daripada Warner Bros. meskipun dia hanya terbabit satu babak sahaja dalam penggambaran Fantastic Beasts 3 selepas digugurkan dari filem itu.


Syarikat produksi terbabit dikehendaki membayar gaji penuh kepadanya, walaupun dia tidak lagi memegang watak  Gellert Grindelwald dalam filem fantasi itu yang memulakan penggambaran sejak 20 September lalu.

Depp memiliki peruntukan khas wajib bayar dalam kontraknya dan berhak mendapat bayaran penuh walau apa terjadi kepada filem itu. Ia termasuk, sama ada filem itu dihentikan atau wataknya digantikan dengan pelakon lain.

Terdahulu, kekalahan Depp dalam perbicaraan kesnya dengan bekas isteri, Amber Heard dilaporkan menjadi punca namanya digugurkan daripada terus terbabit dalam penggambaran Fantastic Beasts 3.

Foto: IG


Keputusan mahkamah tinggi London memihak kepada Amber, berkenaan tuduhan dia dikasari Depp sepanjang dalam rumah tangga mereka. Menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun yang mengatakan aktor itu melakukan keganasan hakikatnya adalah benar.

Bagaimanapun, Depp menerusi kenyataannya merancang akan membuat rayuan terhadap tuduhan dilakukan bekas isteri terhadapnya.

"Saya berhajat untuk terus membuktikan bahawa tuduhan ke atas saya itu adalah palsu. Hidup dan karier saya tidak akan ditakrifkan dengan situasi yang berlaku sekarang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 10-11-2020 12:19 PM
untunglahhhhhh tetap dpt payment byk2
Quote namr 10-11-2020 12:28 PM
Abe johnny mintak sini 1juta
Quote nadie90 10-11-2020 12:35 PM
Slh tmpt ka ni?....bca komen dlm Internet byk yg nk boikot filem sequel FB yg trbru pny....tp filem sequel FB 2 thn lps pun dpt byk kritikan dan kutipan pun cukup2 mkn ja...xdak JD ni lg sendu ap..huhu
Quote sarah82 10-11-2020 12:46 PM
dia kalah kes kat UK...dia saman media apa entah kes tuduh dia pukul amber heard.

tapi kes kat US tak salah aku masih berjalan.
Quote She-Ra 10-11-2020 12:51 PM
meols takleh tgk dia ni
marah mencanak-canak kt amber heard tu
kalau dpn mata mau aku karate bg gaban tarik ke ruang angkasa setan
tak pepasal nama kena gugur dlm beberapa filem hanya kerana kes pukul bini, hakikatnya dia tak buat pun.. bini pukul dia adalah.. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr  

ehh betul kan?
Quote husna_amal 10-11-2020 12:53 PM
Tindakan tak bijak WB gugurkan JD sebab kes rumah tangga ni.
Quote Orix 10-11-2020 12:55 PM
TEMPATAN sgat dekkkkkkkkkkkk
Quote sarah82 10-11-2020 01:07 PM
She-Ra replied at 10-11-2020 12:51 PM
meols takleh tgk dia ni
marah mencanak-canak kt amber heard tu
kalau dpn mata mau aku karate bg ga ...

kalau ikut iols layan kat utube, mmg JD ada bukti dan saksi sebenarnya yg dia yg kena dera buat amber.

amber ada kes penderaan terhadap pasangan lesbian dia sebelum kenal JD.
Quote helicornia 10-11-2020 01:14 PM
aku suka sgt dia dlm pirate of the caribbean. geram tengok dia dlm filem tu haha. aku pi disneyland tokyo gigih pi cari staf yg berperwatakan kapt jack sparrow.mmg serupa lps dimekap segala.jadi la dpt bergambar dgn kapt jack sparrow tiruan
Quote She-Ra 10-11-2020 01:15 PM
sarah82 replied at 10-11-2020 01:07 PM
kalau ikut iols layan kat utube, mmg JD ada bukti dan saksi sebenarnya yg dia yg kena dera buat am ...

eeeee geram meols tak memasal nama JD digugurkan dlm POTC

hanya dia mampu menghidupan cerita itu dan ramai ikut pun disebabkan dia


Quote sarah82 10-11-2020 01:23 PM
She-Ra replied at 10-11-2020 01:15 PM
eeeee geram meols tak memasal nama JD digugurkan dlm POTC

hanya dia mampu menghidupan cerita it ...

kalau kalah kes kat US kemungkinan amber bakal dibuang dari aquaman...iols x tengojk aquaman sebab dia la.

yg pasti amber teruk kena bash bukan saja kes JD tapi juga kes BLM dan MeToo tak salah...dia mcm gf lae anthony borduin la ....kononnya kena gangguan sexual tapi sebenarnya menipu saja.
Quote opie5662 10-11-2020 01:23 PM
Editor cari pon bengonh jgk ke... Motip letak kat gosip tempatan.... Mesti tak paham skop kerja sendiri ni
Quote She-Ra 10-11-2020 01:27 PM
sarah82 replied at 10-11-2020 01:23 PM
kalau kalah kes kat US kemungkinan amber bakal dibuang dari aquaman...iols x tengojk aquaman sebab ...

pelakon di filem dan luar filem - saikosyabas amber, moga dpt balasan mcm apa yg JD kena

sendu la POTC akan dtg
Quote apedehal 10-11-2020 01:30 PM
Oh abam johnny
Quote apedehal 10-11-2020 01:32 PM
nadie90 replied at 10-11-2020 12:35 PM
Slh tmpt ka ni?....bca komen dlm Internet byk yg nk boikot filem sequel FB yg trbru pny....tp filem  ...

Tp abam joni pun xbyk membantu dlm cite tu..fb tu bosan betul..tertdo meols
Quote sarah82 10-11-2020 01:33 PM
She-Ra replied at 10-11-2020 01:27 PM
pelakon di filem dan luar filem - saikosyabas amber, moga dpt balasan mcm apa yg JD kena

sendu  ...

yg iols baca kes dia dgn awek lesbian dia tu...jadi kat airport bila polis mai dan tak salah iols bawa dia pi lokap...dia meroyan kononnya polis tu anti LGBTQ...sekali polis tu sendiri adalah lesbian.

masa JD x ada rumah dia bawa lelaki kot masuk rumah...salah seorgnya Elon Musk. iols tengok video CCTV..

AH ni punya gila...bila bergaduh dgn JD siap buang najis atas katil kelamin diaorg
Quote She-Ra 10-11-2020 01:40 PM
sarah82 replied at 10-11-2020 01:33 PM
yg iols baca kes dia dgn awek lesbian dia tu...jadi kat airport bila polis mai dan tak salah iols  ...

adan uke!!! moga si amber mereput la jgk
tq atas infooooooo
Quote sharlenetexas 10-11-2020 01:44 PM
Abam johnny depp nak berlakon kat malaysia ke lepas pkp?
Editor cari boleh silap board. Dalam kelas yang tersendiri
Quote damian_lee 10-11-2020 01:45 PM
Johnny depl orang kokdiang chuolssszah

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.076107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top