Mereka yang merakam video atau membuat siaran secara langsung (live) ketika anggota polis melakukan serbuan atau tangkapan boleh diambil tindakan kerana ia dianggap menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta boleh mengganggu siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan mengambil gambar atau merakam video bukan satu kesalahan jenayah, namun bukan ketika anggota polis sedang menjalankan siasatan terhadap sesuatu kes. "Tindakan merakam gambar atau video bukan satu kesalahan jenayah. "Bagaimanapun, sekiranya gambar atau video itu dikongsi, disebar dan ditularkan di media sosial atau dalam apa sahaja cara, ia boleh mengganggu siasatan polis. "Ia juga bertentangan dengan peruntukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memulakan penghantaran dengan niat mengganggu orang lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tangkapan ke atas seorang lelaki kerana mengganggu dan menghalang tugas polis ketika membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan 17/48, Petaling Jaya, Selangor Ahad lalu. Polis membuat serbuan di rumah berkenaan berhubung siasatan satu kes bersabit Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. "Sebelum penggeledahan dibuat, pegawai serbuan yang memakai rompi Polis menunjukkan kad kuasa kepada seorang lelaki yang berada di rumah namun dia enggan memberi kerjasama dengan mengunci pintu dari dalam," katanya. Katanya lagi, seorang wanita mengaku sebagai peguam dan seorang lelaki kemudian hadir ke lokasi sebelum lelaki berkenaan membuat siaran video secara langsung melalui Facebook Live (FB Live) menggunakan telefon bimbitnya. "Pegawai serbuan sudah beberapa kali memberi amaran supaya dia menghentikan tindakannya namun lelaki itu tetap meneruskan rakaman. "Susulan itu, lelaki 23 tahun itu ditangkap kerana mengganggu proses siasatan serta menghalang penjawat awam melakukan tugas selain telefon bimbit serta kad sim yang digunakannya turut dirampas," kata Huzir. Menurut beliau, tangkapan dibuat kerana kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan fungsi jawatan dan tangkapan itu berlandaskan undang-undang demi kepentingan siasatan. Beliau turut menegaskan setiap siasatan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya, apatah lagi ditularkan di media sosial. Sebelum ini, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Yap Wen Qing mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mengulas lanjut perkara itu, Huzir mengesahkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik di laman FB 'University of Malaya Associaton of New Youth (UMANY) bertajuk 'YDPA Sholud Not Intefere in National Affair' itu. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya. Dalam pada itu, media turut melaporkan seorang aktivis pelajar, Wong Yan Ke ditahan ketika membuat siaran secara langsung ketika polis menyerbu kediaman Wen Qing, di Petaling Jaya, Ahad lalu. Tangkapan ke atasnya kemudian ditularkan oleh pihak tertentu di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Loading FB Post... Sumber: Berita Harian
|
batmana replied at 10-11-2020 12:47 PM
dgn agong pun dia biadab, apatahlagi dgn polis ..
ni buang je ke luar
ADVERTISEMENT