"Bestnya jadi frontliner, KKM pasang lampu biru, so kenyanglah anak bini sebulan." Nampaknya, apa yang dilakukan kerajaan mendapat pelbagai respons daripada warganet. Ada yang bernas dan ada juga yang berbisa, sepertimana program Nyalakan Lampu Biru di Putrajaya oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 ini. Bagi rakyat, ia bukan sekadar pembaziran tenaga elektrik dan wang ringgit, malahan tidak memberi erti kepada barisan hadapan (frontliner) yang berjuang bermati-matian menangani pandemik Covid-19. Bermula 12 hingga 15 November, bangunan dan persekitaran Putrajaya akan dinyalakan lampu biru sebagai tanda sokongan sebenarnya tidak membantu usaha kita menangani Covid-19 ini. Sementelah ia juga satu pembaziran dan lebih menyemarakkan api kemarahan rakyat terhadap ahli politik. Bagi warganet, daripada memasang lampu biru sebagai tanda sokongan, sepatutnya kerajaan menghargai frontliner dengan memberikan apa yang sepatutnya mereka dapat, sebagai contoh menyerap kakitangan perubatan kontrak sebagai kakitangan tetap. |
tripleid replied at 13-11-2020 10:16 AM
memang haru biru kerajaan sekarang
rashiman replied at 13-11-2020 10:11 AM
Buat apa nak kecoh2, nak dipolitikkan...
itu hanya sebagai tanda terimakasih selain insentif2 ...
Kerexxx replied at 13-11-2020 10:29 AM
harap dapat kembali kpd ph. that why kita kena support forumer mcm i.am.ph
tripleid replied at 13-11-2020 10:43 AM
pasni hari barah kopek kena tukar lampu kaler pink pulekk.berapa banyak tu belanja just utk tukar ...
ADVERTISEMENT