Jika namanya peminat fanatik, apa sahaja berkaitan artis pujaan akan diidolakan. Begitu juga dengan Raja Rock & Roll, mendiang Elvis Presley yang sehingga ke saat ini, menjadi sebutan jutaan peminatnya. Terbaharu, peminat setia Elvis, Tom Unwin, 75, dari Britain mahu menjual rambut penyanyi lagenda tersebut dengan harga ???6,000 (RM32,506).
Menurut Daily Star, Unwin turut mahu menjual raket tenis Elvis bersama-sama dengan rambut yang nilainya dianggarkan ???12,000 (RM65,106). Menceritakan kembali, rambut tersebut sebenarnya disimpan tukang gunting popular, Homer Gilleland. Setiap kali Elvis menggunting rambutnya, Gilleland akan menyimpannya di dalam beg plastik. Sehinggalah Gill bersara, dia menjual rambut mendiang kepada peminat fanatik dan kelab peminat Elvis Presley. Ianya dilekatkan pada kad bagi mengingatkan rasa sayangnya kepada mendiang. "Saya peminat fanatik Elvis sejak umur 15 tahun lagi. Semua berkaitan Elvis akan saya simpan. Saya pernah ke rumahnya di Graceland, Memphis, Tennessee dan bertemu isterinya Priscilla Presley." Siapa peminat Elvis Presyley? Sanggup membelinya? - CARI
|
dani-rox: "A genuine Elvis artifact!" _PE154ZHhMk
husna_amal replied at 13-11-2020 03:38 PM
Kalau dah fanatik mesti ada yang sanggup beli punya. Walaupun bende ni nampak macam takde nilai pun.
ADVERTISEMENT