Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Tidak terkecuali, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang berharap pihak berwajib tegas dalam melaksanakan langkah pengharaman penjualan arak. Jelasnya, langkah tersebut adalah suatu yang perlu dipuji bukan sahaja demi menjaga kemaslahatan umat Islam tetapi mengelak daripada berlaku insiden tidak diingini termasuk kemalangan jalan raya. “Alhamdulillah, kita memuji langkah ini. Semoga Allah merahmati mereka yang memutuskan hal ini.
“Tindakan ini mungkin akan dibantah oleh sesetengah yang ‘pro minuman keras’ namun saya percaya ia baik di sudut kemaslahatan awam dan kehidupan beragama,” katanya di media sosial hari ini. Semalam, DBKL memaklumkan akan menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka bermula Oktober 2021. DBKL berkata, sekatan berkenaan dikenakan ke atas kedai serbaneka dan kedai runcit bermula 9 malam. Sebelum ini, kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin membimbangkan selepas ramai yang menjadi korban angkara kecuaian mereka. Kebimbangan ini disuarakan masyarakat malah kerajaan dalam usaha mengenakan hukuman lebih keras terhadap pemandu mabuk. Sumber: ProjekMM
|
stingerstylos replied at 17-11-2020 04:20 PM
Persoalan aku satu aja utk org agama ini..
Adakah undang undang yg sedia ada sekarang ini tidak d ...
Skuau replied at 17-11-2020 04:26 PM
isunya lebih kpd....mabuk dan menyusahkan orang lain(contoh... memandu dan melanggar orng yg menye ...
stingerstylos replied at 17-11-2020 04:35 PM
Pindaan undang undang yg baru diluluskan terhadap mereka mereka yg menyebabkan kematian dlm kea ...
awanysss replied at 17-11-2020 04:42 PM
orang kalau nak cari salah, buat la ape pun tetap salah..undang2 kuat macam mana pun, orang mati t ...
stingerstylos replied at 17-11-2020 04:35 PM
Pindaan undang undang yg baru diluluskan terhadap mereka mereka yg menyebabkan kematian dlm kea ...
Skuau replied at 17-11-2020 04:57 PM
hukuman BERAT vs MATI.........
ADVERTISEMENT