CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singa Mati Dalam Kolam Kotor, Pihak Zoo Keluarkan 3 Kenyataan Berbeza Undang Kemarahan Netizen

18-11-2020 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3066| Komen: 12



Viral video seekor singa mati terbaring di dalam kolam kotor di sebuah zoo di China, membuatkan pengunjung terkejut melihat keadaan raja rimba itu, lapor Daily Mail.


Kejadian itu terbongkar selepas seorang pelancong merakam video pemandangan yang memilukan itu pada Khamis lalu di Zoo Hidupan Liar Handan Foshan di Hebei, utara China. 


Pihak zoo pada awalnya menafikan haiwan itu telah mati dan mendakwa singa itu sedang berehat di dalam air. 


https://www.dailymail.co.uk/video/news/video-2291880/Video-Shocking-footage-shows-dead-lion-horrifying-visitors-Chinese-zoo.html


"Tak ada insiden sedemikian berlaku di sini. Singa itu cuma baring dalam kolam dan berehat. Dia takkan mati," kata kakitangan zoo berkenaan. 


Berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus dan Timbalan Presiden zoo berkenaan berhubung kejadian itu. 


"Singa itu sudah lama sakit. Kami lepaskan dia keluar untuk menikmati cahaya matahari. Tetapi singa itu masuk dalam kolam dan lemas disebabkan kekurangan tenaga," kata Yang, salah seorang pengurus zoo berkenaan. 



Timbalan Presiden zoo, Wu Guangshu pula berkata, singa Afrika itu meninggal dunia kerana sakit tua.


"Selepas pasukan forensik kami melakukan siasatan, keputusan menunjukkan singa itu mati secara semulajadi kerana sakit tua. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan " katanya. 


Netizen di media sosial meluahkan rasa menyampah dan marah terhadap pihak zoo yang mengeluarkan kenyataan berbeza-beza lalu mengecam dan melancarkan boikot terhadap zoo berkenaan. 


"Zoo tak guna. Mula-mula kata takde insiden sedemikian berlaku di zoo itu, esok kata singa tu berehat dan hari ketiga kata singa itu mati sakit tua. Apa benda alasan yang diorang bagi ni??" kata netizen. 


"Ini sangat kejam dan menyedihkan. Zoo ni perlu ditutup!" tambah netizen lain. 





Sumber : dailymail.com/thereporter









Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-11-2020 10:34 PM
Sementara itu di zoo negara malaysia semua binatang berhadapan risiko mati kebuluran dalam masa 3 bulan lagi.
Quote Tinot7 18-11-2020 10:36 PM
Decaffeinated replied at 18-11-2020 10:34 PM
Sementara itu di zoo negara malaysia semua binatang berhadapan risiko mati kebuluran dalam masa 3 bu ...

Drp keluarkan ayat mcm mendoakan benda yg negatif, pi la menderma

https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Quote sarah82 18-11-2020 10:42 PM
keadang aku ingatkan acah2 terpelajar ni cerdik.
nampaknya pemalas rupanya nak baca.

haiwan di dalam zoo tak semudah ABC utk dilepaskan ke habitat asal walaupun dapat pengampunan diraja.

mohon rajinkan dari layan animal planet.

air kotor ya amat...patutnya bersih...gila punya zoo...
Quote Decaffeinated 18-11-2020 10:46 PM
Tinot7 replied at 18-11-2020 10:36 PM
Drp keluarkan ayat mcm mendoakan benda yg negatif, pi la menderma

https://www.ticket2u.com.my/e ...

Aku tried to restrain from commenting on this tapi since ko tujukan post kat aku, aku respond lah sikit.

Zoo ialah sebuah pusat entertainment bukan conservation atau pendidikan. Macam lain2 tempat hiburan bila dah tak viable it should cease operation.

Bukan wajib untuk kita support tempat macam tu.
Quote Kiyah 18-11-2020 10:49 PM
Apa lagi zoo negara boleh la highlight isu ni utk meraih perhatian dan simpati. Untung2 dapat la berjuta derma dr rakyat Malaysia yang pemurah.  Takde ke yang rajin nak korek audit report zoo ni.mana tau kot ada something wrong somewhere?
Quote MissYouSayang 18-11-2020 10:51 PM
Decaffeinated replied at 18-11-2020 10:34 PM
Sementara itu di zoo negara malaysia semua binatang berhadapan risiko mati kebuluran dalam masa 3 bu ...

Sy berharap haiwan di zoo negara kita tidak mengalami nasib yg sama mcm di zoo china....semoga nasib "mereka" terbela dan tidak dibiarkan begitu saja
Quote Tinot7 18-11-2020 10:54 PM
Decaffeinated replied at 18-11-2020 10:46 PM
Aku tried to restrain from commenting on this tapi since ko tujukan post kat aku, aku respond lah  ...

That is your opinion.
Others may not share the same sentiments as you do.
As I wrote before, rather than comment negatively as if you are praying for the deaths of animals, it's better to donate.
Weren't you taught, if you don't have anything nice to say, don't say it at all? But this is an open forum and you are allowed to have your own opinion.
Quote Tinot7 18-11-2020 10:55 PM
MissYouSayang replied at 18-11-2020 10:51 PM
Sy berharap haiwan di zoo negara kita tidak mengalami nasib yg sama mcm di zoo china....semoga nas ...

Aminn.. iols pun doakan yg sama..
Quote Decaffeinated 18-11-2020 11:13 PM
Tinot7 replied at 18-11-2020 10:54 PM
That is your opinion.
Others may not share the same sentiments as you do.
As I wrote before, rat ...

Itu pasal aku tak nak komen tapi dah ko reply aku terkomen juga.

Ok we agree to disagree.
Quote Kurex 18-11-2020 11:25 PM
Leluhur dekat sana mana ada rasa syg dgn binatang
Quote Tinot7 19-11-2020 12:02 AM
Kurex replied at 18-11-2020 11:25 PM
Leluhur dekat sana mana ada rasa syg dgn binatang

Kat dlm porem ni pun ntah2 ada juga yg spesies mcm tu juga
Quote anakjiran 19-11-2020 12:26 AM
kalau tak mampu jaga lepas je lah ke hutan.bodoh lah manusia sebab tu lah macam2 bala kena

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.254861 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top