Selepas beberapa kali mencuri perhatian netizen dengan pakaian dan perhiasan ketika membuat sidang media secara langsung berhubung perkembangan semasa COVID-19, kali ini kemeja putih Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menjadi buah mulut netizen. Ia susulan kemeja putih yang dipakainya ketika sidang media pada semalam, 9 Disember memaparkan logo jenama bermotifkan mata. Sebelum ini, lambang mata sering dikaitkan dengan Illuminati atau Freemason walaupun tidak dapat dipastikan kesahihahnnya.
Akan tetapi, mujurlah sebahagian besar netizen yang lebih arif mengenai fesyen tampil menyelamatkan keadaan. Rupa-rupanya, baju kemeja putih berlambang matu satu itu merupakan salah satu jenama fesyen iaitu Kenzo. Ia bukanlah pakaian seragam mana-mana organisasi atau pertubuhan yang berkaitan dengan Illuminati atau Freemason. Untuk kemeja yang dipakai oleh Ismail, harga bagi sehelai rekaan itu bernilai 51.67 pound (RM280.61). Boleh tahan mahal. Maka, terjawab sudah persoalan berkenaan logo mata itu. Logo jenama antarabangsa itu sememangnya dikenali dalam dunia fesyen. Jadi, tidak perlu terkejut apabila ada yang memakainya. - CARI
|
ADVERTISEMENT