Tular video TikTok menunjukkan seorang wanita kebingungan selepas mendapati dirinya secara misteri sedang menunggang kuda di tengah-tengah hutan sebaik sedar dari mabuk. Menurut Daily Star, gadis dikenali sebagai Liz itu mendakwa tidak mengetahui bagaimana dirinya boleh berada dalam situasi berkenaan ketika bercuti di Mexico. Lebih memburukkan keadaan apabila orang di sekelilingnya tidak memahami bahasa Inggeris dan dia tidak boleh bercakap bahasa Bahasa Sepanyol. Katanya, perkara terakhir diingatinya adalah minum hingga mabuk pada malam sebelumnya sebelum tersedar dan mendapati dirinya dalam situasi misteri itu. Beberapa kali juga Liz mnjerit ketakutan dan mendakwa tidak tahu menunggang kuda. Di video terakhir menunjukkan Liz akhirnya selamat tiba di hotelnya. "Saya masih hidup dan selamat, saya dah kembali ke hotel saya. "Saya tersesat tetapi kuda saya tidak sesat. Dia tahu ke mana dia harus pergi kerana dia membawa saya ke air terjun ini. "Saya terpisah dari kumpulan saya kerana kuda ini bergerak lebih pantas daripada kuda orang lain dan saya berada jauh di depan," katanya. - CARI
|
dizekni replied at 12-12-2020 02:56 PM
Mabuk arak ka
jazaa100 replied at 12-12-2020 05:51 PM
Nasib baik sedar sedar di atas kuda.....
Klu sedar sedar, sedang dikudakn, mcmane.....
ADVERTISEMENT