Pasangan suami isteri yang didapati mengaut keuntungan dengan menjual pakaian berjenama tiruan secara dalam talian kini berputih mata selepas perniagaan mereka diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Muar, semalam.
Ketuanya, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata, dalam serbuan pukul 2 petang itu, pihaknya merampas 5,085 unit pakaian pelbagai jenama disyaki tiruan dengan menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah. “Serbuan dilakukan berikutan aduan daripada wakil pemilik cap dagang serta risikan selama seminggu ke atas aktiviti penjualan pakaian itu yang dilakukan secara dalam talian. Stor yang terletak di Bandar Tangkak itu dipercayai dijadikan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran. “Modus operandi mereka adalah mengiklankan pakaian itu menerusi siaran langsung di Facebook (FB Live) sebelum dijual kepada pembeli. Pembeli perlu membuat pesanan semasa siaran langsung di Facebook,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Muar, di sini hari ini.
Menurut Rizq Fazliana, pakaian berjenama terkenal itu dijual pada harga sekitar RM10 dengan minimum dua helai pembelian dan penghantaran percuma bagi 10 helai pembelian. “Hasil maklumat mendapati perniagaan ini baru dijalankan sejak awal tahun ini sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Kami menahan lelaki warga tempatan berusia 40-an dan isterinya warga Vietnam berusia 30-an untuk diambil keterangan. Kesemua rampasan bernilai RM61,000,” katanya. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda yang mana jika individu itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu. “Sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, dia boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. “Kesemua pakaian dijual adalah jenis baju tidur, pakaian kanak-kanak dan jersi. Kita masih menyiasat penglibatan individu lain dalam perniagaan ini bagi mengenal pasti status perniagaan sama ada dijalankan secara berkelompok atau persendirian,” katanya. Sumber: UTUSAN ONLINE |
lattehazelnut replied at 15-12-2020 02:32 PM
Boleh je kan jual xpkai logo adidas ke apa..
rogayahtop: sayangnye lah modal besar jual brg fake ni. kdg2 seller ni bukan tau pun dia ingat boleh je jual logo2 brand besar2 ni. yg lagi bahaya kat shopee tu ...
aHoi83: Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat di GM dan Kenanga. Dan dijual besar2an dan terang ...
aHoi83 replied at 15-12-2020 06:17 PM
Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat ...
kechikchomel replied at 15-12-2020 09:31 AM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.
gigahertz replied at 15-12-2020 08:31 PM
Baik u cepat cepat sign out account.
Pastu delete. Pastu selubung bawah katil
kechikchomel replied at 15-12-2020 09:31 AM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.
ADVERTISEMENT