CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disisih Keluarga Sampai Kakak Nak Ludah Anak Kalau Enggan Tukar Nama

16-12-2020 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4293| Komen: 13

Seorang bakal ibu berkemungkinan tidak dapat berkumpul bersama keluarganya sempena Hari Krismas selepas dia enggan menurut permintaan mereka agar menukar nama bayinya.

Bakal ibu berusia 27 tahun itu dan pasangannya sedang menantikan kehadiran cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan pada Januari depan, lapor Mirror.



Gambar hiasan

Mereka merancang untuk menamakan bayi itu dengan nama Romelia, namun ia mendapat tentangan keluarga.

Meluahkan perkara itu di laman Reddit, dia berkata: "Kami memberi nama Romelia, yang merupakan gabungan dua nama dalam keluarga kami, Romana dan Camelia.

"Camelia adalah nenek kepada ibu saya, yang meninggal dunia dua tahun lalu manakala Romana pula sempena nama sepupu pasangan saya, seorang yang kuat meskipun menderita kanser," ujarnya.

Wanita itu berkata, kakaknya orang yang membantah keras cadangan nama 'Romelia' itu dan berpendapat mereka perlu memilih nama yang lebih moden.


Tetapi, adik perempuan itu telah membantah dan mengatakan bahawa gadis kecil itu memerlukan nama yang lebih moden.

"Ketika saya memberitahunya bahawa saya tidak akan menukar nama tersebut, dia mengamuk dan enggan mengaku saya adiknya... dan tuduh saya tak hormat keluarga bila guna nama seseorang dari keluarga pasangan saya. Dia juga mahu ludah jika berjumpa dengan anak saya kelak.

"Saya cuba mengelak daripada kakak sepanjang kehamilan ini termasuk mengabaikan semua panggilan telefonnya. Ibu bapa mendakwa saya menyebabkan kakak tertekan dan mereka mahu menyisihkan saya ketika Krismas untuk elakkan lebih 'drama'," katanya. 


Sumber: mStar


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 16-12-2020 10:12 AM
macam macam hal.....
Quote lolen 16-12-2020 10:17 AM
apsal pulak kakak dia yg over tertekannya
yg mengandung tu adik dia...yg nak bagi nama anak pon sbb tu anak dia sendiri
hoverrrrr kakaknya pon
Quote brego 16-12-2020 10:21 AM
drama picisan pun nak masuk forum  
Quote Artemesiaa 16-12-2020 11:12 AM
Mesti pasal kes lain sama ni bukan sekadar pasal pemilihan nama je.  Mungkin ada dendam lama yang masih tak terungkai.  Tambah si adik nak dapat anak pasti semua perhatian lebih ke adik berbanding dia kini.
Quote che-cikL 16-12-2020 11:19 AM
berita level gini pun boleh si @CARI-MAL ni korek?

dah dia tak blh balik krismas, so?

Mirror tu mmg lah UK-based, tapi kalu teringin sangat nak merasa jadi wartawan kaki-search-copy-paste, edit lah sikit letak location segala bagai.

yihh sangat
Quote husna_amal 16-12-2020 11:21 AM
Ingatkan kat Malaysia ni je suka letak nama moden panjang2 ni.
Quote Tinot7 16-12-2020 11:54 AM
Tetiber tingat kat nama renesme
Quote salimrock 16-12-2020 01:06 PM
LETAK LA FFIRA MIKAH
Quote allshares 16-12-2020 01:56 PM
Eh kalau ko nk nama ikut sedap ko, beranak lah sendiri< nasihat kepada kakak yg nk ludah anak sedara itu. Bdway, mmg jenis kakaknya org kena ikut kehendak kot, sampai mak bapak pun nk pulau adik demi dia.
Quote dodolgemok 16-12-2020 02:17 PM
Lagi satu kisah rumah tangga kokusen yang tak bermanfaat dibuka oleh wartawan cari utk cukupkan kpi sebelum habis hujung tahun yah!
Quote ctaz 16-12-2020 04:35 PM
kalau kakak tu marah nama Romelia...
tukar la nama tu kepada Ailemor...
kan nama tu ada bunyi greek + arob....



HAR
Quote sarah82 16-12-2020 10:20 PM
la...aku ingat keluarga toxic hanya wujud dalam bangsa melayu mengikut pendapat urban berkerak...rupanya semua bangsa ada.

makna kata tak cerdik dan luas pembacaan serta pergaulan lagi la set2 urban berkerak acah2 bagus ni
Quote ikanmasin 16-12-2020 11:47 PM
dui bukan anak kakak dia pun.hahaha beria2 siap bg amaran nak ludah anak adik tu..dah tak kene layan kecoh pl kat family..pelik btl nak paksa2 pl...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top