Dua beranak di Bali kerugian lebih 94 juta rupiah (kira-kira RM27,062) selepas wang dibawa mereka bertaburan di jalan raya di wilayah Baturiti, Tabanan, lapor Kompas. Ketua Polis Baturiti Fachmi Hamdani berkata, ketika itu, seorang lelaki dan anaknya menunggang motosikal bersama dan mereka dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Denpasar Katanya, beg berwarna hitam berisi wang yang hilang itu, dibawa oleh anak mangsa. "Ketika berhenti di wilayah Bedugul, anak mangsa mengeluarkan topi di dalam beg dan lupa menutup semula zip beg itu. "Setibanya di wilayah Abianluang Baturiti, mereka berdua ditegur oleh pemandu trak berwarna merah yang memberitahu ada wang terjatuh dan bertaburan di jalan raya. "Dua beranak itu kemudiannya terus memeriksa wang di dalam beg dan mendapati wang mereka sudah tiada," katanya
Tanpa berlengah, mangsa terus berpatah balik untuk mencari wangnya yang dikatakan tercicir, tetapi usahanya tidak berhasil. Susulan insiden itu, mangsa membuat laporan polis. Difahamkan, wang berkenaan mahu disimpan di dalam sebuah syarikat iaitu PT Manohara Asri. Tidak lama selepas kejadian itu, tular video menunjukkan orang ramai mengutip wang yang bertaburan di jalan Denpasar-Singaraja. Namun, Fachmi belum dapat memastikan wang berkenaan adalah milik mangsa kerana siasatan lanjut masih dijalankan. "Kita belum dapat pastikan video itu ada kaitan dengan kes kehilangan wang di Baturiti dan akan menyiasat terlebih dulu," katanya. Sumber: Harian Metro |
doubleA replied at 27-12-2020 04:28 PM
Macamana pronounce nama fachmi tu? Fahmi atau facmi? C bunyi macam cawan tu ke atau silent? Macam an ...
ilacantik replied at 27-12-2020 11:30 PM
Kalau org Indonesia, biasanya silent C sis, jadi sebutannya Fahmi. Sama juga dengan nama Achmad. K ...
ADVERTISEMENT