CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Jangan Hancurkan Harapan Orang" - Anji Diminta Wujudkan Gerakan Anti Vaksin

14-1-2021 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3561| Komen: 8

Penyanyi Anji, 42, tidak bersetuju apabila seorang pengikutnya di Instagram meminta dia mewujudkan gerakan anti vaksin memandangkan terdapat segelintir rakyat Indonesia menolaknya.


Kredit foto: Liputan 6

Anji berkata, mendapatkan suntikan vaksin adalah hak masing-masing dan ramai yang bergantung harap terhadapnya untuk menangani virus Covid-19.

"Saya tidak bersetuju tolak vaksin. Kenapa? Kerana banyak masyarakat berharap. Kerajaan juga sudah berusaha. Kalau anda tidak mahu vaksin, itu hak anda. Namun, untuk membuat gerakan atau demonstrasi itu hal lain. Sudahlah, jangan jadikan rakyat berhentam sesama rakyat. Kalau tidak mahu, ya itu hak anda tapi jangan hancurkan harapan orang lain," katanya.

Anji menyedari bahawa semua masyarakat pastinya ingin masalah Covid-19 dapat diatasi. Justeru, dia tidak mahu orang ramai berpecah-belah hanya kerana isu vaksin.


"Kita semua sama-sama penat. Semua ingin selesai dan keluar. Tidak usah kecoh-kecoh. Nanti tambah penat. Jalankan saja apa yang diyakini," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan penyanyi lagu Dia itu selepas pengikut bertanya kenapa Anji tidak buat gerakan anti vaksin. Individu itu turut mendakwa vaksin berbahaya dan mendedahkan saudaranya lumpuh disebabkan vaksin.


Kredit foto: IG Anji

Terdahulu, Anji pernah mencetuskan perdebatan apabila menolak normal baharu. Dia juga menegaskan bahawa sesetengah orang tidak mahu bersuara sepertinya kerana tidak mahu 'diserang' orang yang berbeza pendapat.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 14-1-2021 05:28 PM
Sibuk anti vaks. Makanan yg tak tau dari mana sumber ingredients boleh pulak telan
Quote helicornia 14-1-2021 05:50 PM
bagus jawapan dia
Quote helicornia 14-1-2021 05:51 PM
umbut replied at 14-1-2021 05:28 PM
Sibuk anti vaks. Makanan yg tak tau dari mana sumber ingredients boleh pulak telan

haha iols teringat kartun - vaksin sibuk halal haram, yg rokok tkde tanda halal korang hisap jugak
Quote Kurex 14-1-2021 06:12 PM
Gambar muka penuh screen, dgn bulu mata melentik, langsung takde kena mengena dgn caption gambar
Quote cha-cha 14-1-2021 07:42 PM
Tak nak vaksin, tapi nanti sibuk2 masuk negara orang bawak penyakit ya amponnn..  
Quote buapakperut 14-1-2021 11:12 PM
yang bertanya tu nape nak soh org buat gerakan,
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:32 PM
jawapan yang bijak
Quote sukekucing83 18-3-2021 03:13 PM
alah antivax di yg mengada2 mintak rentas negeri sekarang.mengada2 g la duk dlm utan benut nu..takat menggoogle sume org le buat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.051128 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top