CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perantau Positif COVID-19 Pulang Ke Kampung, Akibatnya Sekampung Jalani ‘Swab Test’

14-1-2021 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6912| Komen: 43




Seluruh penduduk Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, disarankan supaya menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini, kerana dikhuatiri mempunyai risiko selepas beberapa penduduk di kampung berkenaan didapati positif.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an, berkata, mereka diarahkan berbuat demikian hari ini dan ujian itu dibuat oleh petugas kesihatan di sebuah surau berdekatan.

"Saya difahamkan ujian ini disarankan oleh pihak berwajib selepas beberapa orang perantau yang pulang ke kampung ini didapati positif.

"Jadi hari ini penduduk secara sukarela tampil untuk buat ujian saringan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu, penduduk berkenaan berkata mereka bimbang dengan penularan Covid-19 di kampung tersebut susulan 'pembawa' dikatakan berada di banyak lokasi sepanjang pulang ke kampung.



"Sebagai penduduk, semestinya menjadi kebimbangan dan penduduk mengambil tanggungjawab untuk jalani ujian saringan.

"Selain penduduk di sini, ada juga penduduk dari kampung berhampiran untuk turut sama lakukan ujian dan ada juga yang buat saringan lebih awal di klinik dan hospital," katanya.

Terdahulu, viral gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan penduduk kampung tersebut sedang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan.

Sebagai rekod Kelantan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak dua minggu lalu dengan kes positif keseluruhan berjumlah 1,565.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Husin mengesahkan pihaknya menjalankan ujian saringan di Kampung Chedok.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat terperinci yang dapat dikongsikan buat masa ini.

Ujian dijalankan bermula jam 9 pagi dan selesai sekitar jam 4.30 petang.




Sumber : Malaysikini/wowberita

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-1-2021 11:18 PM
Penting diri sendiri.. Sibuk balik kg. Akhirnya org lain tpksa tanggung sakit jgk
Quote Normabaru 14-1-2021 11:45 PM
Costing swab ni utk contact tracing pon dh consume bajet hampir 20k per kluster...

The most expensive virus of the century
Quote little_sis 14-1-2021 11:54 PM
Dah expect pun sbb bila ada kebenaran rentas negeri memang berpusu2 balik kampung.. get ready utk kuarantin je la
Quote honeybee1802 14-1-2021 11:59 PM
Normabaru replied at 14-1-2021 11:45 PM
Costing swab ni utk contact tracing pon dh consume bajet hampir 20k per kluster...

The most expe ...

tu la pasainya si pembawa ni pikir dak dari membazir duuit tu baik disalur ke perbelanjaan lain...
Quote pu3_rania 15-1-2021 12:00 AM
Alahai kesiannya penduduk2 kampung especially warga emas & kanak2
Quote jalfa 15-1-2021 12:01 AM
Penduduk kampung sila saman mangkuk yg bawak balik virus tu..tp pelik takkan satu kg dia contact
Quote amerald 15-1-2021 12:04 AM
seronok sangat berkampung..
dengar nya banyak juga org kampung lain dijangkiti covid lepas anak beranak merwntas negeri hari tu
Quote any42 15-1-2021 12:07 AM
Kesian kt org2 tua & kanak2. Hrapnya klau +ve tidaklah smpai mmbawa kpd kmatian
Quote lonso 15-1-2021 12:08 AM
nak buat mcm mana kdg anak2 nak balik dh 3,4 bulan tak balik.
Quote misc 15-1-2021 12:17 AM
Kenyang la makan sumpahan maki hamun penduduk kampung.
Quote anony-mous 15-1-2021 01:39 AM
Yg marah2 pembawa ni, bukan dia tau pon dia pembawa. Kdg2 xnk balik tp yg sibuk suruh balik org tua tu jugak
Quote rogayahtop 15-1-2021 01:40 AM
Yg balik kg time kobid ni mmg jenis selfish. Terima je la hakikat
Quote salmon-suki 15-1-2021 02:06 AM
Bodoh! Ko nak balik,kuarantin laa diri tu..jgn sebok nak berjalan sana sini..ai y dah setahun xbalik,xnak amek risiko in case ai ni silent carrier covid,nak jaga family pny pasal tp setan2 ni plal balik kg sebar covid..ehhhh..bodoh!
Quote sikatkutu 15-1-2021 02:07 AM
kesiannya...nak cakap lebih pun tak boleh siapa bagi rentas negeri. harap2 semua negative terutamanya orang2 tua dan kanak2..tak boleh tengok lah orang2 tua kat kampung..rasa sayu
Quote Itzy 15-1-2021 02:19 AM
Kali ni aku bukan nak salah rakyat macam sebelum ni, aku salahkan kerajaan sebab bangang abadi bagi kebenaran bulat2. Ada ke patut kebenaran rentas negeri sampai 2-3hari selepas pengumuman pkp? Ni mesti sebab ada menteri2 bahlol nak balik kampung juga sebab tu bagi kelonggaran. Menyusahkan doktor dan jururawat betul kerajaan ni, gaji ciput kerja teruk melibatkan nyawa pula. Yang rakyat pun bahlol sibuk nak balik kampung. Ahh dua2 bangang.
Quote husie91 15-1-2021 06:52 AM
Orang kita ni ramai lagi takde kesedaran and ambil mudah virus covid ni. Educated ke tak educated sama je. Ada family iols kenal ni anak dia contact rapat dgn positif.. dh kuarantin second swap semua dh negatif terus balik kg celebrate rmi3 as if dorg mmg stp mggu wajib bkumpul satu family pon.. kalau iols postitf ke tak terus kurgkn contact kot.. we never know what will happen.. taknak risikokn org2 tua n bdk2 bila bkumpul ramai2.. ada kwn kt ig plak gigih masih beratur nk beli aiskrim shuib.. umur dh 30 dah anak kecik2.. tgah kes meningkat dia duk kwsan panas plak tu.. boleh plak kejar bnde2 biral mcm bdk2 baru nak tumbuh bulu.. {:nose after all if kena apa2 tkde org pon akn kisah kn kita.. kita kne jaga kita sendiri
Quote PinkyPie 15-1-2021 06:54 AM
Dapat dari kenduri kawen kot
Quote husie91 15-1-2021 06:54 AM
salmon-suki replied at 15-1-2021 02:06 AM
Bodoh! Ko nak balik,kuarantin laa diri tu..jgn sebok nak berjalan sana sini..ai y dah setahun xbalik ...

Hakikatnya ramai yg macam ni. Org sekelilinh iols terutamya.. sgt2 selfish ye. Even ada yg contact rapat lg.. take easy je.. ada yg ada anak kecik2 pon selfish tk fikir psl anak.. lg fikir tembolok sendiri nak bekumpul rmi3  bjln sana sini. Bila org jauhkj diri taknak jumpa sentap merajuk tah apa2
Quote nazzse 15-1-2021 08:26 AM
Edited by nazzse at 15-1-2021 12:27 AM
amerald replied at 14-1-2021 04:04 PM
seronok sangat berkampung..
dengar nya banyak juga org kampung lain dijangkiti covid lepas anak ber ...


Dah tu dia contact dgn certain people, that certain people contact dgn org lain, last2  jadi lah sekampung..

Tu yg tengah beratur takda pun jarak 1 meter..
Yg pasti org kelantan tak follow sop pun! Dah kena baru kalut pakai mask ya

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038328 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top