Malang tidak berbau apabila penyanyi Sheila Abdul terlupa mengambil wang yang dikeluarkannya dari mesin ATM dan dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab ketika berada di sebuah pasaraya di Puncak Alam.
Mengaku insiden itu merupakan kecuaiannya sendiri, Sheila meminta individu tersebut memulangkan semula wang tersebut memandangkan pihak pengurusan pasaraya itu mempunyai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu. Penyanyi berusia 33 tahun ini berasa terkilan dengan sikap tidak jujur individu tersebut yang berdiri dekat dengannya ketika itu. "Saya mohon anda viralkan supaya individu yang mengambil duit saya itu sedar silapnya dan PM saya untuk minta maaf serta pulangkan duit itu. Saya faham di musim PKP ni ramai orang susah. "Tapi itu bukan alasan untuk awak ambil kesempatan atas kecuaian orang. Asalnya saya memang berniat untuk sedekah disebabkan mungkin ni ada hikmah yang tersembunyi.
"Tapi setelah pengurusan Econsave Alam Jaya sendiri menunjukkan rakaman cctv wanita yang mengambil duit saya tu hanya berselisih dengan saya dan tidak jujur untuk pulangkan duit tu kepada saya. Saya jadi ralat. "Saya hanya jarak beberapa tapak saja dari awak waktu awak nampak duit yang tertinggal di mesin atm itu. Apa salahnya kalau awak panggil saya dan pulangkan duit berkenaan," katanya. Isteri kepada pemain gitar kumpulan Drama Band iaitu Ammar Habir itu turut berkongsi beberapa video memperlihatkan perbuatan individu tersebut di laman Instagram miliknya.
|
refleCtion replied at 15-1-2021 06:56 PM
Ibarat bagi duit kat orang laaa kalau gtu kesnya...redha je lahh kak shela ooiii..dh xdok rezeki uol ...
ADVERTISEMENT