Hampir setahun pemergian Allahyarham Abam masih lagi dirasai semua lebih-lebih lagi buat ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Achey dan Fad. Sempena mengenang ulang tahun kelahiran ke-33 Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada Selasa, Achey berkongsi luahan hati terhadap sahabat baiknya itu.
Menurut Achey atau Mohd Nasir Hamzah, situasi negara yang kini dihambat dengan pandemik Covid-19 menyebabkan dia tidak dapat menziarahi pusara Abam seperti kebiasaan sebelum ini. "Kalau wabak Covid-19 ini tak ada Bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat datang jenguk 'rumah' (pusara) kau, tapi kau rasa mereka sayang kau mesti doakan punya. Tak kiralah datang tak datang kan?
"'Rumah' kau makin cantik. Hari itu aku, Fad dan Sya (isteri Fad) dapatlah singgah sekejap sebelum PKP semula," katanya. Meskipun hampir genap setahun Abam meninggal dunia, Achey berkata dia dan Fad tidak pernah melupakan kenangan mereka bersama lebih-lebih sepanjang terlibat dalam dunia hiburan.
|
ADVERTISEMENT