CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myanmar Setuju Terima Balik Pelarian Rohingya

20-1-2021 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3746| Komen: 24

Myanmar bersetuju dengan permintaan Bangladesh untuk memulakan penghantaran balik pelarian Rohingya pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai pada Selasa.


Perkara itu dimaklumkan pada rundingan tiga pihak yang menyaksikan China sebagai perantara.

"Kami mahu ia dimulakan pada suku pertama tahun ini, tetapi Myanmar minta diberikan lebih banyak masa untuk mengatur logistik dan beberapa perancangan lain. Jadi, kami mahu ia dimulakan pada suku kedua, dan mereka bersetuju," kata Setiausaha Luar Bangladesh Masud Momen selepas rundingan itu.


Foto: AFP
China akan memberikan vaksinasi Covid-19 percuma kepada penduduk Rohingya pada fasa pertama program penghantaran pulang itu.


Beberapa hari sebelum itu, Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen berkata, "penghantaran balik satu-satunya jalan keluar untuk mengakhiri krisis Rohingya dan tiada alternatif lain."

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan dikeluarkan kemudian berkata "Myanmar telah membuat semua perancangan yang diperlukan dan menegaskan kesediaan Myanmar untuk menerima semula pelarian Rohingya."

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan tarikh tertentu untuk penghantaran pulang bermula.

"Projek perintis sedang dijalankan untuk penghantaran pulang itu. Myanmar bersedia untuk memulakan proses mengenal pasti pelarian yang akan terlibat dalam Projek Perintis itu," tambah kenyataan itu.

Penduduk Rohingya yang terbabit perlu mengisi dan menandatangani borang bahawa mereka dengan rela hati mahu dihantar balik serta akan mematuhi undang-undang Myanmar sedia ada.

Selain itu, Myanmar mahu Bangladesh memastikan tiada sebarang ancaman pengganas ketika program dilaksanakan.

Sebelum ini dua usaha penghantaran pulang cuba dilakukan di bawah perjanjian dua hala antara Bangladesh dan Myanmar yang ditandatangani pada 2017, tetapi gagal mencapai sebarang hasil, walaupun Myanmar berulang kali memberi jaminan bersedia untuk menerima semula Rohingya yang dihantar balik.

Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh susulan kekejaman tentera Myanmar terhadap komuniti minoriti Islam, pada Ogos 2017. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 20-1-2021 04:12 PM
Loh yg ganas tu kamu myanmar, membunuh macam org gila. Pandai pulak dia berlakon kata puak rohingya ni pengganas.
Quote JohnDeSouza 20-1-2021 04:16 PM
Pi kaji sebab apa? Tengok org islam lain kat myanmar tu,  x ada masalah pun
Quote Kurex 20-1-2021 04:17 PM
Bawak balik rohingya dekat dunia yg berkeliaran ni
Quote kelapaparut 20-1-2021 04:36 PM
rohingya di malaysia pun boleh la balik ke myanmar
Quote annehuda 20-1-2021 04:37 PM
tapi nak ke rohingya balik myanmar? nnt wat drama air mata diorg balik tu kene bunuh ngan org myanmar
Quote Abam_Leh 20-1-2021 04:51 PM
Bagi condo percuma pun dorang taknak balik la


Duk malaysia lagi baguih


Bagi kami silayang, cukup  


Quote Tinot7 20-1-2021 05:00 PM
yg kat mesia ni, patut hantaq balik juga...
Quote LadyCarefree 20-1-2021 05:07 PM
Yg kat sini pun hantar balik lah.
Quote jazaa100 20-1-2021 05:11 PM
msia je sayang rohingya.....

siap ada lagu
Quote Artemesiaa 20-1-2021 05:49 PM
Yang ada kat Malaysia ni pun jangan pulak buat2 lupa eloklah diangkut bawak balik sana sama
Quote lavendernovella 20-1-2021 07:48 PM
Yang kat malaysia ni pun boleh pelan2 hantar balik. Budget gomen guna utk mereka tu boleh guna kat rakyat sendiri. Lebih baik.
Quote Bholatchomel 20-1-2021 07:49 PM
Sila kutip yg kat malaysia punya sekali. Tak kisahlah 1st gen ke, 2nd gen sila angkut bawa balik
Quote MontanaHannah 20-1-2021 09:16 PM
rohingya sial ternazak nakharom sepatutnya diciptakan sbg babi hitam kentut xberhenti,berak cair
Quote shernazz 20-1-2021 09:33 PM
Selamat tinggal rohingya
Akhirnya kau boleh pergi..
Quote namieamuro 20-1-2021 10:18 PM
kt Malaysia ni jgn wat2 tak nampak. hantar balik semuanye. semak je kt trafik light tadah tgn
Quote irish_ieka 20-1-2021 11:50 PM
tolong angkut skali rohingya kt malaysia
Quote anony-mous 21-1-2021 12:46 AM
Itzy replied at 20-1-2021 04:12 PM
Loh yg ganas tu kamu myanmar, membunuh macam org gila. Pandai pulak dia berlakon kata puak rohingya  ...

Myanmar versus rohingya, 10x kali i sokong tentera myanmar
Quote anony-mous 21-1-2021 12:48 AM
Baru nk sujud syukur, rupanya dari bangladesh. Hmm. Mgkin bakal jd makanan utk china kot. Ambik skali yg dkt malaysia. Depa bkn islam pon. Islam pd nama jah. Tgk rutin masing2 xmelambangkan islam. Malu nk mengaku depa islam dgn kotor, busuk, lari dari medan perang, memintak2
Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2021 02:33 AM
JohnDeSouza replied at 20-1-2021 12:16 AM
Pi kaji sebab apa? Tengok org islam lain kat myanmar tu,  x ada masalah pun

Betul tu..berapa ramai orang Islam berniaga di yangon tu aman aman sahaja, tetapi mereka bukan rohingya lah!

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.120086 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top