CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Covid-19 Is Real"- Ashraf Muslim Mohon Doa Netizen

22-1-2021 12:26 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3068| Komen: 11|Original author: Oleh: Cari-Azza




Antara artis terawal disahkan positif Covid-19, aktor Ashraf Muslim memahami keadaan genting yang melanda pesakit, terutamanya golongan berisiko.

Oleh itu, Ashraf sentiasa berkongsi cerita bagi memberi kesedaran bahayanya pandemik ini kepada orang awam.

Terbaharu, pelakon Dia Menantu Rahsia ini memuat naik mesejnya bersama individu yang berdepan ujian sama.


Foto :Ig

Menurut Ashraf lagi, hatinya tersentuh dengan situasi yang melanda individu yang menghantar mesej berkenaan, lalu memohon doa bagi ibunya yang sedang kritikal akibat Covid-19 ini.


Lebih malang, insan ini turut disahkan positif Covid-19 dan terpaksa di kuarantin di rumah, manakala ibunya pula semakin teruk kesihatannya.

"Covid 19 is real. Ibu masih di ICU, paru-paru ada pendarahan dan buah pinggang rosak teruk."


Foto : IG

Jadi, Ashraf meminta agar mereka yang membaca ini, berdoa untuk kesejahteraan ibu individu terbabit.

Netizen turut mengharapkan ada keajaiban kepada semua yang sedang diuji dengan pandemik ini.


Foto : IG

Terdahulu, Ashraf sendiri dijangkiti Covid-19 apabila pulang dari penggambaran drama di Scotland pada 18 Mac tahun lalu, kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 12 April dan pulih sehari sebelum 1 Ramadan.


Foto : IG

Sesungguhnya wabak Covid 19 itu boleh mengjangkiti sesiapa sahaja. Patuhi amalan yang telah ditetapkan ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-1-2021 01:21 PM
Yg x pcya covid ni sbnrnya knpe ehhhh {:dot
Quote Kurex 22-1-2021 01:35 PM
Bukan ke dia dah bagitau sebelum ni? Ke artis lain?
Quote slyfynx 22-1-2021 02:08 PM
Adui, ape gosipnye?
Udah confirm2 die pun kene covid bulan April hari tu.
Quote Boomibulat 22-1-2021 02:09 PM
Abis tu Sebelum ni mmg x pcaya ke..?
Quote jalfa 22-1-2021 02:15 PM
Nak dgr pengalaman caritizen kena covid..ada ke?
Quote beta_carotene 22-1-2021 03:56 PM
sambung peribahasa ni anak2...

menangguk di air...??
Quote Noraniza_Iblis 22-1-2021 05:38 PM
Nampak wangi...gmbar yg baju wad hijau tu..
Quote Tinot7 22-1-2021 05:49 PM
semoga dipermudahkan urusan

[ig]https://www.instagram.com/p/CG6QHysjfx9/[/ig]


Quote Jemahjemah 23-1-2021 05:17 PM
Sejak kes dia kawen thai dulu aku xbkenan dah dgn dia hahaha. Dulu minat la sbb helok naw ehh
Quote dino 23-1-2021 05:29 PM
yg kata covid tak real demam biasa tu retis nasyid 20 tahun yg gaduh dgn adik beradik psl tanah wpun tak cinta duit, yg isap rm100.. tu lah sohai kepam haha
Quote awanearisu 23-1-2021 06:45 PM
Mungkin ini respon kepada zulyahya. Sebelum ni ada video zulyahya meminta para selebriti berkongsi kisah dijangkiti covid.
Kita malas nak cari video tersebut.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.108780 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top