CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Singapura mahu serang masjid pada ulang tahun tragedi Christchurch

27-1-2021 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2365| Komen: 8



SINGAPURA: Seorang remaja Singapura merancang menyerang dua masjid di bandar raya ini sempena ulang tahun tragedi pembunuhan umat Islam di New Zealand dua tahun lalu.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, remaja berusia 16 tahun yang ditahan pada Disember tahun lalu, dikatakan sudah membuat persiapan rapi untuk melakukan serangan pada 15 Mac ini menggunakan parang, dua tahun selepas tragedi di Christchurch oleh penyerang rakyat Australia, Brenton Tarrant.

"Berdasarkan persediaan dan pelan serangan, remaja terbabit terpengaruh dengan tindakan dan manifesto Tarrant.

"Malah remaja lelaki itu sudah menyediakan kenyataan untuk dikeluarkan sebelum serangan bermula, serupa seperti yang dilakukan Tarrant," menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu.


Selain memilih tarikh tragedi itu berlaku untuk melakukan serangan, remaja terbabit turut merancang menyiarkan serangan itu secara langsung.

Remaja terbabit yang kini ditahan dan tidak boleh dibicarakan akan melakukan serangan menggunakan parang, selepas gagal membeli senjata api secara dalam talian.

Dia turut mempelajari cara menghasilkan bom, selain merancang untuk membakar masjid.

Pihak berkuasa memberitahu, siasatan awal mendapati remaja itu bertindak sendirian malah keluarganya, serta masyarakat sekitar tidak tahu rancangannya untuk melakukan serangan serta tahap kebenciannya terhadap Islam.  



Sumber: AFP/BeritaHarian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 27-1-2021 11:45 PM
kalau budak taik babi ni mesti dilabel mengalami masalah mental kan.tak ada pun nak label terrorist. lahnat punya kapiiaq
Quote mrsbob87 28-1-2021 07:45 AM
kurang kasih sayang barangkali....

suruh dia cari hobi yang bermanafaat, isi mase terluang dengan lebih berfaedah..
Quote nanies 28-1-2021 01:23 PM
dah kenapa kau? serang la bangsa ko, agama ko. nk usik agama org pasal apa.
Quote Nana_Man 28-1-2021 03:42 PM
No more future for u kiddo..
Quote Punat_button 28-1-2021 03:49 PM
kiasu Singapore takde masa untuk benda2 gini

read my words

Quote Dwdrum 28-1-2021 05:41 PM
Harap kena penjara seumur hidup... Species begini hudup pun tidak ber guna...
Quote Churchill 28-1-2021 05:50 PM
SubhanAllah

kemungkinan juga remaja Singapura itu difitnah dajjal oleh ummah etis lgbt liberal Singapura

churchill yang remaja Singapura itu mahu belajar mengenai Islam tetapi difitnah dajjal oleh ummah etis lgbt liberal terencat yang dengki pada kebenaran ajaran Islam

semoga ummah etis lgbt liberal Singapura menemui apa itu zarah graviton

Amin

Quote Lagubestbest 31-1-2021 06:16 PM
nak jadi "influencer" lettew

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041646 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top