CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dipersoal Kenapa Tak Pakai Pelitup Muka, Dayah Bakar Jawab Di Canberra Sudah Tak Ada Kes COVID

4-2-2021 06:21 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14013| Komen: 85


Kredit foto : Instagram Dayah Bakar



Pada bulan lepas, personaliti TV yang juga pengacara Borak Kopitiam TV3, Dayah Bakar atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri telah berlepas ke Australia untuk menetap bersama suaminya Kapten Hanif Hamidi yang ditugaskan berkhidmat di Australia.

Terbaru, Dayah ada memuat naik gambar dan video perkembangan terkininya ketika bersiar-siar bersama suami dan anak di sebuah taman tasik di Canberra, Australia. 


Seperti biasa, gambar dan videonya sentiasa mendapat banyak reaksi positif dari kalangan pengikutnya kerana Dayah sememangnya seorang yang periang, mudah mesra dan tidak sombong.
 
Namun, dek kerana gambar dan videonya tidak memakai pelitup muka ketika bersiar-siar, banyak pula timbul persoalan dikalangan pengikutnya mengenai pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sana.

Tidak hanya membiarkan persoalan tanpa jawapan, Dayah tampil menjelaskan bahawa di Canberra sudah tidak lagi mempunyai kes aktif COVID-19 jadi tidak perlu memakai pelitup muka ketika berada ditempat awam.

Tambahnya, namun (SOP) lain seperti penjarakan fizikal dan kerap cuci tangan tetap perlu dipatuhi.

"Dayah dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai pelitup muka ke dekat sini, tak ada covid ke? Biar saya jawab sekali untuk semua ya."

"Dekat Canberra dah berbulan tak ada kes Covid. Tidak perlu pakai mask tapi masih perlu amalkan SOP seperti penjarakan fizikal dan sanitize tangan selalu. Harap terjawab ya" tulisnya di Instagram.


Wow! Seronoknya dekat sana sudah tak ada lagi kes Covid dan dapat bersiar-siar tanpa perlu pakai pelitup muka.

Sama-samalah kita patuhi SOP dan doakan kes Covid di Malaysia juga akan "zero" suatu masa nanti agar dapatlah kita kembali hidup seperti sebelumnya. - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 4-2-2021 06:28 PM
So tak lama lg bertambah baby lg la nih
Quote aduh2sayang 4-2-2021 06:29 PM
bestnya...tapi kat sini pkpp pun tetap kena pakai mask kan..
Quote LadyCarefree 4-2-2021 06:34 PM
aduh2sayang: bestnya...tapi kat sini pkpp pun tetap kena pakai mask kan..



Sana dah lama tak ada kes kobid.
Quote exclusive_vvip 4-2-2021 06:34 PM
dayah ni jenis tak pandai bergaya eh? dia pakai apa pun nampak x menarik..tapi nak kata takde rupa,tak jugak..ada jugak manisnya..
Quote Adeakukesah11 4-2-2021 06:35 PM
Australia bukan tgh lockdown ke skrg? Punca sbb ada 1 kes .
Quote husie91 4-2-2021 06:42 PM
Ni pon boleh jd beritaa
Quote ceria611 4-2-2021 06:45 PM
malaysia bilaaaa agaknya huhuhu
Quote LadyCarefree 4-2-2021 06:50 PM
Huntonglah siapa ada sebab boleh duduk thailand, vietnam, nz dan aussie.
Quote LoveSungmin 4-2-2021 06:51 PM
Adeakukesah11 replied at 4-2-2021 06:35 PM
Australia bukan tgh lockdown ke skrg? Punca sbb ada 1 kes .

Lockdown kat Perth je rasanya..
Quote captainQUE 4-2-2021 06:52 PM
Adeakukesah11 replied at 4-2-2021 06:35 PM
Australia bukan tgh lockdown ke skrg? Punca sbb ada 1 kes .

Lockdown kat Perth je kan Sebab kes 1 tu kat Perth...
Quote damian_lee 4-2-2021 06:53 PM
Malaysia almost impossible tak ada cobid
Selagi ada pendatang asing tanpa izin

Kalau dari luar dia bawak
Kalau yang sedia ada kat dalam ni ... xmungkin diorang akan pegi sepital or clinic kalau kena
Quote honeybee1802 4-2-2021 07:05 PM
damian_lee replied at 4-2-2021 06:53 PM
Malaysia almost impossible tak ada cobid
Selagi ada pendatang asing tanpa izin


Betul tu..aman2 ja ngk org kt nz pun takde nak kena pakai mask..bdbk boleh gi sekolah...malaysia ni asyik bolos dgn pati
Quote jargon 4-2-2021 07:13 PM
Lg satu taknak foundation capuk kan?wlaupun pakai born this way..tetap capuk
Quote Kurex 4-2-2021 07:23 PM
husie91 replied at 4-2-2021 06:42 PM
Ni pon boleh jd beritaa

Jgn pertikaikan.... Nanti -98
Quote giyomi 4-2-2021 07:47 PM
dia ni yg bole gi obersea wlpon time pkp tu ek...hmmm kayangan kan do whatever they like, yg kena turut perintah yg marhaen cam kita ni jew
Quote slyfynx 4-2-2021 07:51 PM
Jadahnye mende ni pun leh bukak thread
Adui la.
Thread komen netizen ni ape pekdahnye
Quote CtMaryam123 4-2-2021 07:52 PM
kawan kaka kat ostolia relax jer party bagai.. x payah tanyalah kenapa nak pakai mask..
Quote cap_ayam 4-2-2021 07:53 PM
anak dia nama indonesian sangat.

tahniah la dah dapat bersama suami semula.

semoga lebih tenang dan gembira. Jangan sedih2 lagi ye
Quote Banananaa 4-2-2021 08:00 PM
Di australia mmg dah clear from covid. Memang semua tak pakai mask, tiada penjarakan. Aman2 je dorang mcm biasa. Cuma lockdown kat perth je for 5 days minggu ni sbb ada 1 case

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083099 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top