Berada di tahap yang selesa dalam kerjayanya sebagai penyanyi tidak menjadikan Wany Hasrita bersikap sombong dan lupa diri. Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasbullah meluahkan rasa syukur kerana mempunyai ibu di sisi yang sentiasa membimbingnya dalam setiap langkah dan keputusan yang diambil.
Tambahnya, pengalaman melalui kehidupan susah membuatkan penyanyi berusia 29 tahun ini mahu terus membahagiakan ibunya iaitu Norita Jaafar. "Saya adalah saya biarpun setinggi mana pun saya terbang, Insya-Allah saya akan tetap membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri. "Saya memang selalu bersama ibu, dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah satu tujuan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya berazam untuk membahagiakan ibu.
"Sebelum saya menjadi penyanyi, saya pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, waktu tu walaupun susah saya tengok wajah ibu tenang saja dan selalu beri saya kekuatan. "Tahun ini saya dah tak nak fikir yang sedih, saya nak teruskan langkah dan takdir yang Allah aturkan ini untuk saya terus kecapi kebahagiaan bersama ibu. Saya tak nak fikir yang negatif dan mahu terus berjaya," kata Wany.
|
hangdenim replied at 5-2-2021 10:35 PM
Wany tak somb...? Kihkih hurkehhh
hangdenim replied at 5-2-2021 10:35 PM
Wany tak somb...? Kihkih hurkehhh
missmeornot replied at 6-2-2021 11:38 AM
Rasa sheol x sombong air muka je sombong + garang. Tapi pd meols sheol jenis gedik n kadang2 acah2 ...
ADVERTISEMENT