CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Tak Beri Makan: Amah Terjun Tingkat Dua, Selongkar Tong Sampah Cari Makanan

19-2-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3097| Komen: 15

Surabaya: Seorang wanita terpaksa terjun dari tingkat dua sebuah rumah demi mencari makanan kerana kelaparan.

Pariyem, 44, yang juga pembantu rumah di Probolinggo bertindak sedemikian kerana mendakwa tidak diberikan makan oleh majikannya.


Malah, wanita itu mendakwa dia sering dikasari majikannya termasuk dipukul.

"Saya dikasari majikan dan sering dipukul di kepala dengan kasut serta selipar," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.


Pariyem, Kredit foto: Kompas.com

Pariyem juga dikatakan sering mencari sisa makanan di tong sampah bagi mengalas perut.

Sepanjang bekerja selama lapan tahun, dia mendakwa tidak dibayar gaji, malah tidak mengetahui bayaran yang sepatut diterimanya.


Penderitaan Pariyem terbongkar selepas penduduk setempat melihatnya menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan.

Penduduk kemudian menghampirinya untuk bertanyakan kisah sebenar sehingga dia terpaksa makan sisa di tong sampah.

Pariyem kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan terhadap penderitaan dialaminya.

Ketua Polis Mayangan, Suharsono mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan daripada wanita terbabit.

"Dia melompat (dari tingkat dua sebuah rumah) kerana mahu mencari makanan.

"Mangsa kemudian dibantu penduduk selepas menceritakan kisahnya yang tidak dibayar gaji dan dipukul majikan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 19-2-2021 09:46 AM
Babu kat Negara sendiri pun kena dera....lagikan yang di Saudi , Hong Kong, Taiwan Dan Malaysia

Mungkin nasib keturunan Babu macam tu
Quote jazaa100 19-2-2021 10:15 AM
awning tudung dia tinggi.....
Quote kakakpositifker 19-2-2021 10:23 AM
jazaa100 replied at 19-2-2021 10:15 AM
awning tudung dia tinggi.....

ni kalau masa sekolah akak dulu awning elok terletak mcm ni. letak lilin. haha
Quote jazaa100 19-2-2021 10:27 AM
kakakpositifker replied at 19-2-2021 10:23 AM
ni kalau masa sekolah akak dulu awning elok terletak mcm ni. letak lilin. haha

yg ni ada sponge....

dulu staff akak sanggup letak plastik kat dlm tudung bhg depan tu....memanh nmpak terletak elok je....tapi kekdg nmpak pelik pun iya....
Quote shida81 19-2-2021 11:02 AM
Majikan dia keturunan suci kah
Quote Artemesiaa 19-2-2021 11:07 AM
Mujurlah ada jiran yang perihatin kalau tidak tah sampai bila akan jadi mangsa dera
Quote hatikudus 19-2-2021 11:08 AM
Manusia/majikan kejam ada di mana2
Quote kelapaparut 19-2-2021 11:12 AM
shida81 replied at 19-2-2021 11:02 AM
Majikan dia keturunan suci kah

kalu kat indon biasenye ssame leluhur, leluhar kaya aniaya leluhur miskin, kat malaysia non bumi aniaya org gaji leluhur, malaysia bumi xpernah aniaya org tp biasenye malaysia bumi suke dera anak tiri anak sendiri, yg tu masalah gak tu
Quote duri_durians 19-2-2021 12:06 PM
mati2 aku ingat berita kat malaysia sbb WNI suka mengata malaysia kan sbb byk kes dera TKI.

rupa2 nya, nahhh... WNI sendiri dera TKI.
Quote tikusmontok 19-2-2021 12:32 PM
so ada adegan pembalingan taik ke tak ni?
Quote minguk 19-2-2021 12:34 PM
8 tahun bertahan? kesiannya
Quote kakakpositifker 19-2-2021 01:05 PM
jazaa100 replied at 19-2-2021 10:27 AM
yg ni ada sponge....

dulu staff akak sanggup letak plastik kat dlm tudung bhg depan tu....meman ...

tu belum masa sekolah saya dulu orang bakar tepi2 tudung tu. tah apa lah pikiran deme masa tuh
Quote Yunbin 19-2-2021 01:28 PM
Kesiannya..tak paham laa jenis majikan tak kasi makan or dera staff ni..kalau dpt maid hanat jenis main benda kotor or caras laki majikan baru dia tau...
Quote jas7512 19-2-2021 02:50 PM
Kesiannya lahai..mmg bila jd mcm ni selalu teringat ungkapan..si lurus mknan si bengkok..si bodoh mknan si cerdik...mudah2an semua pekerja semua blh celik undang2 dan faham apa hak kita sebagai pekerja utk tidak dibuli
Quote Scheherazade 19-2-2021 02:52 PM
Kesian dia nih. Majikan dia ni xde perikemanusiaan betul. Sesama sendiri pun boleh lg abuse mcm ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045838 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top