CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syanie Kahwin Lagi, Tahniah!

19-2-2021 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24440| Komen: 154

Genap setahun perkenalan, pelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 47, bernikah dengan jejaka pilihan, Zahiril Hafiz Mohammed Nor, 41, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, pagi tadi.


Majlis ringkas dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu berlangsung kira-kira jam 9 pagi.

Syanie yang juga ahli perniagaan memberitahu, majlis akad nikah disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang pengantin lelaki.


Kredit foto: thelane.my


"Tiada wang hantaran disediakan. Sebaliknya, mas kahwin dalam bentuk gelang emas.

"Syanie hanya menyarungkan cincin ke jari manis suami sebagai tanda termeterai ikatan.


"Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna seadanya," katanya kepada BH Online.

Syanie berkata, dia dan suami yang juga perunding kewangan, berhasrat menganjurkan majlis resepsi, Ahad ini, namun terpaksa ditunda.

"Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami terpaksa menunda majlis resepsi. Mungkin bulan hadapan kami anjurkan," katanya.

Akui Syanie yang pernah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga, bukan mudah untuk hatinya terbuka menerima lamaran lelaki.

"Namun, kejujuran dan keikhlasan Zahiril membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini.

"Jika diikutkan, Zahiril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir, belum masanya mencari pengganti.

"Pengajaran lalu mematangkan saya. Namun, sejak setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu 'memancing' saya," katanya.


Kredit foto: thelane.my


Syanie berkata, Jun tahun lalu, Zahiril menyuarakan isi hati kepada ibu yang juga penerbit filem, Ruhanie Abd Rahman, untuk memperisterikannya.

"Sikap budiman Zahiril menjadi antara sebab hati saya tersentuh. Dia lelaki pertama berani beritahu ibu dia mahu berkahwin dengan saya," katanya.

Syanie yang hidup solo lima tahun mengaku Zahiril berstatus duda namun tidak memiliki anak.

"Mungkin masing-masing tahu kehidupan lampau, jadi kami mudah serasi atau 'klik'," katanya.

Syanie yang pernah menyertai musim kedua program realiti, MasterChef Selebriti, mendirikan rumah tangga pada 1996 dan bercerai pada 2002.

Ini disusuli perkahwinan kedua pada 2014, namun berpisah, dua tahun kemudian. -CARI

Sumber: Berita Harian
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 19-2-2021 01:23 PM
Tahniah syane, nampak comel lak mekap pengantin..
Quote hannan_rayyan 19-2-2021 01:26 PM
ramainya kawen sebulan dua ni, tapi yang ditunggu2 masih belum tiba lagi

tahniah, senang jodoh syanie ni, dah 3 kali merasa kawen ya
Quote Kurex 19-2-2021 01:26 PM
Tahniah syanie & suami
Quote RamonaFlower 19-2-2021 01:30 PM
Comelnyaaaa. Tahniah Syanie. Teringat cerita Senario..
Quote mieymiey 19-2-2021 01:32 PM
Tahniah Syanie dan suami.
Suka iols baca cerita orang bina masjid
Quote Clara90 19-2-2021 01:34 PM
Tahniah.. comelnya kak syanie ni.. dia pun kurang kontroversi
Quote bakingsoda 19-2-2021 01:36 PM
tak nampak 47 langsung, berseri2 pulak tu
Quote adaakukesah 19-2-2021 01:37 PM
Berapa kali dah dia ni kawen, jahkubis bila lagi?
Quote Zeatyisaac 19-2-2021 01:37 PM
Alhamdulillah. Tahniah, semoga berbahagia hingga ke Syurga... aamiin.
Quote bedahmenjuyah 19-2-2021 01:37 PM
Tahniah syanie and hubby. Terserlah seri Pengantin. Bahagia kan
Quote nazzse 19-2-2021 01:38 PM
Comel makeup dia.. Terus nampak muda
Quote bedahmenjuyah 19-2-2021 01:39 PM
Asal ada couple menikah je mesti org tanya perihal yg di sinun. Tu lah kecoh sgt mencanang. Nasiblah
Quote makcun14 19-2-2021 01:39 PM
ehhh so happy for herr. nampak cantik comel je  makeupnya tak overr.
well done to MUA  dia, biasa pengantin badan plus size makeup hauk konon nak selim kan muka pengantin
tapi yang ni menjadik sangat.

btw jap lagi adalah tu loli aka jennie merempan buat thread "artis veteran terburu buru nikah"
sabar eh loli
Quote ckenj 19-2-2021 01:40 PM
comel makeup dia...semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Quote bedahmenjuyah 19-2-2021 01:40 PM
Laki syanie ni umor berapa. Mcm masih muda je
Quote cmf_premierleag 19-2-2021 01:41 PM
tahniah syanie n hasben
Quote kakakpositifker 19-2-2021 01:41 PM
Alhamdulillah semoga jodoh kali ini kekal ke jannah hendaknya. amin ya mujibbbb
Quote puanserama 19-2-2021 01:43 PM
adoi lepas satu, satu..

loli sabaq na

utk tak ot, tahniah syanie.. till jannah..
Quote emera 19-2-2021 01:46 PM
Surprise lagi!

Tahniah syanie. Nampak comel sgt tak gaya mendekati 50an.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055490 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top