Pernah bekerja sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge, penyanyi Aina Abdul memilih sebuah kelab malam sebagai lokasi untuk video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Sepi.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, pemilhan lokasi tersebut juga bersesuaian dengan jalan cerita lagu itu yang mengisahkan perjalanan hidupnya sebelum bergelar penyanyi 'mainstream'. "Untuk pengetahuan, saya bermula sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge. No Black Tie dipilih menjadi lokasi MV Sepi kerana saya pernah mencari rezeki di sana dengan menyanyi setiap malam. "Persekitaran lokasi sangat dekat dengan jalan cerita Sepi dan bagaimana saya mencari identiti sendiri dengan menyanyi dan dari situ, saya keluar mengenali dan meneroka ke dunia lebih luas lagi. "Apa yang saya paparkan dalam muzik video itu antara kisah suka duka serta kejadian yang pernah saya lalui sendiri sebelum dikenali sebagai penyanyi mainstream," kata Aina.
MV lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berusia 28 tahun ini mula dilancarkan di saluran YouTube pada 8 Februari lalu dan kini mendapat lebih 360,000 tontonan. Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah dan Semalam ini memberitahu dia juga mahu memberikan inspirasi kepada peminat melalui karya tersebut. Malah, lirik lagu tersebut juga bersesuaian dengan situasi semasa di mana ramai orang yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
|
Redmyvi replied at 22-2-2021 05:15 AM
Dia ni ada suara tapi cm takda aura.. mcm tak tertarik nak tahu lebih lanjut psl dia
ADVERTISEMENT