Baru-baru ini, pelakon Ezzaty Abdullah mendakwa lebih rela diceraikan daripada hidup bermadu jika suaminya, pelakon Azwan Kombos mahu menambah isteri. Lebih rela melepaskan orang tersayang daripada berkongsi kasih dengan suami, katanya.
Dia mengakui tidak dapat menerimanya jika terjadi dalam kehidupannya walaupun sedar perkara tersebut dibenarkan dalam Islam “Maaflah saya memang anti poligami. Saya tahu dalam Islam dibenarkan tapi terus terang saya tidak boleh menerimanya dalam hidup. Sebenarnya susah nak cakap sebab saya pun ada suami dan saya pun tak tahu apa akan jadi di masa depan. “Tapi jika Azwan (suami) mahu berkahwin lagi, saya rela diceraikan daripada hidup bermadu. Sudah tentu saya sayangkan suami saya tapi untuk hidup berpoligami tu tak sanggup.” ujarnya kepada Gempak. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim berkata demikian ketika mengulas isu tersebut memandangkan dia kini membawa watak sebagai Fika dalam drama The Maid iaitu isteri ketiga kepada Jayden lakonan Norman Hakim. Katanya, watak itu sangat mencabar kerana benar-benar berbeza daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini. Sumber: BeautifulNara
|
Carcosa replied at 9-3-2021 12:28 AM
Mana maunya si Kombos tu ceraikan kau. Sah2 dia bewak. Rugilah dia kalau dia ceraikan kau.
Carcosa replied at 9-3-2021 12:28 AM
Mana maunya si Kombos tu ceraikan kau. Sah2 dia bewak. Rugilah dia kalau dia ceraikan kau.
LadyCarefree replied at 9-3-2021 01:46 AM
Ooooo kombos tu bewak eh
Carcosa replied at 9-3-2021 12:28 AM
Mana maunya si Kombos tu ceraikan kau. Sah2 dia bewak. Rugilah dia kalau dia ceraikan kau.
haifawehbe: x silap dulu nad zainal reject azwan tu sebab bewak.
lattehazelnut replied at 9-3-2021 04:05 AM
Mungkin dpt yg lagi kaya ke
zaraaqilah replied at 9-3-2021 09:30 AM
ezzaty ni sweet n kalau digilap lagi boleh pergi setaraf nad zainal
ADVERTISEMENT